6 kesalahan yang sering dilakukan oleh Pengurus Media Sosial di Facebook

Menjadi pengurus media sosial bukanlah perkara yang mudah. Anda harus sentiasa mengikuti perkembangan semasa apa yang sedang berlaku di media sosial. Ia kerana setiap media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi sering membuat perubahan dari semasa ke semasa.

Terdapat banyak perkara yang perlu dan apa yang tidak boleh dilakukan di media sosial, terutamanya apa yang perlu dilakukan oleh pengurus media sosial.

Baca artikel: 5 posisi penting untuk menguruskan media sosial

Berikut disenaraikan 6 kesalahan yang sering dilakukan oleh pengurus media sosial di Facebook.

Terlalu banyak promosi.
Menurut Facebook, mereka akan mengurangkan jumlah promosi atau iklan yang terlalu banyak melalui News Feed pengguna. Ia kerana hasil kajian yang dilakukan oleh Facebook, kebanyakan pengguna ingin melihat lebih banyak cerita daripada rakan-rakan dan halaman yang mereka sukai, dan kurang kandungan iklan. Contoh kandungan iklan yang tidak digemari oleh pengguna ialah mereka tidak sukakan iklan yang mempromosikan produk, atau aplikasi yang perlu di-install oleh pengguna. Cara terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk ialah dengan menggunakan Facebook Ads.

Tidak menggunakan Facebook Insight untuk mengetahui mengenai pengunjung Facebook.
Tiada alasan untuk tidak menggunakan Facebook Insight. Ia dapat membantu anda memahami mengenai pengunjung anda melalui data yang diberikan. Melaluinya, anda akan mengetahui jantina dan umur pengunjung untuk memudahkan anda menentukan golongan sasaran. Yang paling penting ialah anda dapat mengetahui kandungan yang bagaimana paling digemari oleh pegunjung.

Memadam atau tidak memberi respon pada ruangan komen atau mesej.
Jalinkan perhubungan dengan pengunjung melalui ruangan komen. Pengunjung akan rasa dihargai setiap kali komen mereka mendapat balasan. Oleh itu, pastikan anda membalas setiap komen yang diberikan walaupun komen yang negatif. Anggaplah setiap komen negatif yang diberikan tersebut sebagai peluang untuk mempelajari mengenai produk sendiri. Mesej yang diberikan secara peribadi juga harus dibalas, kerana ia akan meningkatkan kesetian kepada anda.

Posting yang terlalu banyak.
Jangan banjiri News Feed pengunjung dengan posting yang terlalu banyak. Walaupun sedikit, tetapi ia sudah mencukupi. Kurangkan kandungan dan hasilkan kandungan yang benar-benar berkualiti. Jadualkan kandungan pada laman Facebook. Ia dapat membantu anda untuk menghasilkan kandungan yang konsisten dan lebih berkualiti.

Tidak menggunakan gambar yang berkualiti dan menarik.
Pengunjung biasanya akan  tertarik pada gambar yang berkualiti. Oleh itu, pastikan anda menggunakan gambar yang berkualiti.

Tidak memiliki profil yang lengkap.
Seperti kebanyakan perniagaan online, pastikan profil Facebook anda lengkap untuk memudahkan anda dihubungi. Pastikan anda memasukkan gambar profil, cover photo, maklumat bio, URL laman web, lokasi, nombor telefon dan emel bertujuan untuk memudahkan anda dihubungi.

 

Like, Follow & Share laman Facebook zuid.my.

[efb_likebox fanpage_url=”zuid.my” box_width=”” box_height=”” locale=”en_US” responsive=”1″ show_faces=”1″ show_stream=”0″ hide_cover=”0″ small_header=”0″ hide_cta=”0″ ]