Zuid.my > Media Sosial > 5 posisi penting untuk menguruskan media sosial

5 posisi penting untuk menguruskan media sosial

5 posisi penting untuk menguruskan media sosial

Menguruskan media sosial adalah perkara yang sukar dilakukan jika tidak dibantu oleh sebuah pasukan. Tetapi pasukan yang bagaimanakah anda perlukan untuk menguruskannya?

Berdasarkan pengalaman menguruskan media sosial seorang diri sebagai pengurus media sosial, pengurus komuniti dan pencipta kandungan, pasti akan terdapat beberapa perkara yang terlepas pandang. Ingatlah bahawa kita sebagai manusia pasti memiliki had kemampuan yang terbatas, dan tidak mampu untuk berfikir serta melakukan segalanya seorang diri.

Setiap ahli pasukan juga harus memiliki 8 ciri penting dalam diri mereka.
1. Kreatif (mendapatkan idea baru untuk kandungan media sosial)
2. Kerja berpasukan (mudah berkomunikasi dengan ahli kumpulan)
3. Fleksibel (sentiasa bersedia mengemaskini media sosial)
4. Kepantasan (tidak ketinggalan berbanding media sosial pesaing)
5. Curiga (berhati-hati ketika menggunakan media sosial)
6. Teliti (menggunakan data analytics)
7. Ceria (menjawab mesej dari pengunjung)
8. Sosial (biasa menggunakan media sosial)

Setelah mendapat ahli pasukan yang terbaik, maka pembahagian tugasan juga harus dilakukan.

Berikut ialah 5 posisi penting untuk menguruskan media sosial

1. Pengurus Media Sosial
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap media sosial termasuk pembangunan dan strategi pemasaran. Pengurus media sosial juga harus sentiasa memantau setiap komunikasi, selain memantau apa yang diterbitkan pada media sosial.

2. Strategi dan Analisis
Memantau setiap jenis trafik seperti capaian, klik, komen, kongsian dan jumlah pengikut pada media sosial. Individu ini juga bertanggungjawab untuk memantau setiap kesan baik dan buruk setiap kandungan yang diterbitkan pada media sosial. Bukan setakat akaun media sosial sendiri sahaja, pemantauan pada media sosial pesaing dan hashtags yang menjadi ikutan juga harus dilakukan.

3. Pencipta Kandungan
Bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencipta kandungan pada media sosial. Kerja berpasukan sangat penting pada peringkat ini kerana analisa yang telah diperolehi harus digunakan sebaik mungkin untuk mencipta kandungan yang berkualiti. Individu ini juga bertanggungjawab untuk melakukan jadual dan membuat kongsian pada media sosial.

4. Pengurus Komuniti
Balas setiap mesej dan komen pada media sosial. Aktiviti ini akan meningkatkan kesetiaan dan memberikan imej yang baik pada media sosial. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan pengunjung media sosial gemarkan komunikasi yang dilakukan padanya.

5. Kempen dan Promosi
Membuat kempen seperti pertandingan atau kuiz, serta menguruskan pembelian iklan berbayar pada media sosial. Data analisa yang dilakukan juga diperlukan untuk melakukannya. Aktiviti ini akan menambahkan kesetiaan dan jumlah pengikut pada media sosial.

 

Tidak kisah seramai mana ahli pasukan, anda harus sentiasa mencuba sesuatu yang baru kerana media sosial sentiasa mengalami perubahan budaya dan cara penggunaannya.

Ingatlah kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.