Zuid.my > Laman Web > Apa itu CMS (Content Management System)?

Apa itu CMS (Content Management System)?

CMS atau Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) merupakan sistem yang digunakan untuk membina dan mengurus kandungan digital. Ia digunakan untuk pengurusan kandungan syarikat (ECM) dan pengurusan kandungan web (WCM).

ECM diigunakan bertujuan untuk memudahkan kerjasama di tempat kerja, dengan mengintegrasikan pengurusan dokumen, pengurusan aset digital, dan menghadkan akses berasaskan peranan kepada aset digital organisasi. Antara contoh ECM ialah seperti Dropbox dan Google Drive.

WCM pula digunakan untuk memudahkan pengurusan kandungan laman web. Perisian ECM juga kadangkala digunakan untuk memudahkan WCM. Antara perisian ECM yang boleh diintegrasikan dengan WCM ialah Atex PoloPoly dan Sitecore.

Baca artikel: 3 langkah: Membina laman sesawang

Namun CMS yang paling popular digunakan untuk membina laman web sepanjang tahun 2018 ialah WordPress, Joomla dan Drupal. Ketiga-tiga CMS ini menjadi pilihan kerana ia sangat mesra pengguna dan mudah untuk digunakan walaupun tidak memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai HTML.

CMS

Jika anda langsung tidak memiliki pengetahuan mengenai html, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan Website Builder seperti Wix dan Blogspot. Ia merupakan CMS yang paling mudah untuk digunakan, tetapi ia hanya memiliki kemampuan yang terhad.

Sebelum anda mula membina laman web, antara aspek terpenting yang harus anda pertimbangkan mengenai CMS yang bakal digunakan ialah adakah ia mesra SEO, menyediakan had akses pengguna dan sokongan templat. Selain itu, anda juga harus memastikan ia mudah untuk diintegrasikan dengan Google Analytics, Adsense atau apa sahaja yang anda perlukan.

Berikut disenaraikan CMS yang boleh anda pertimbangkan untuk membina laman web:
WordPress – Merupakan CMS yang berasakan PHP dan MySQL. Ia juga sesuai digunakan untuk membina pelbagai jenis laman web.
Joomla – Sesuai digunakan untuk membina laman web e-commerce tetapi memerlukan sedikit kemahiran membuat coding.
Drupal – Sering digunakan oleh Web Developer yang berpengalaman dan memerlukan kemahiran membuat coding.
Sitecore – Mudah untuk digunakan tetapi memerlukan kos untuk menggunakannya.
Atex PoloPoly – Boleh diintegrasikan dengan ECM dan agak rumit untuk dikendalikan.
Wix – Tidak memerlukan kemahiran membuat coding dan hanya sesuai untuk membina laman web satu halaman.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.