Zuid.my > Media Sosial > 7 kemahiran perlu ada pada pengurus media sosial

7 kemahiran perlu ada pada pengurus media sosial

7 kemahiran

Tiada cara mudah untuk menjadi pengurus media sosial. Anda hanya perlukan beberapa kemahiran dan melakukannya dengan baik untuk menjadikan akaun media sosial berjaya.

Sekarang mungkin masa yang terbaik untuk menjadikan media sosial sebagai tempat mencari pendapatan. Malah CNN turut menyenaraikan pengurus media sosial di tempat ke-42 di dalam senarai 100 pekerjaan yang paling cepat berkembang dengan pendapatan yang memuaskan.

Perkara ini terjadi kerana masyarakat gemar mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jenama atau produk melalui media sosial. Oleh itu, setiap syarikat memerlukan pengurus media sosial untuk memperkembangkan perniagaan di atas talian.

Baca artikel: 6 kesalahan yang sering dilakukan oleh pengurus media sosial di Facebook

Berikut disenaraikan 7 kemahiran yang perlu ada pada pengurus media sosial.

Menulis
Setiap perkataan yang ditulis pada Instagram atau Facebook adalah sangat penting. Penulisan yang baik mampu menghasilkan capaian yang lebih banyak, dan menjadikan jenama anda diingati.

SEO
Pelajari kaitan antara SEO (Search Engine Optimization) dengan media sosial mungkin agak sukar. Kandungan yang memiliki capaian yang tinggi dan kongsian, tanda suka dan komen yang banyak akan membantu untuk meningkatkan kadar SEO. Baca artikel ‘Kepentingan SEO‘ dan ‘Bagaimana mendapatkan SEO yang baik?‘ untuk lebih memahami mengenai SEO.

Khidmat Pelanggan
Menurut kajian, 67% pengguna menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jenama atau produk. Oleh itu, pengurus media sosial juga perlu memilki kemahiran sebagai khidmat pelanggan.

Reka Bentuk Grafik
65% kandungan yang memiliki gambar akan lebih diingati berbanding hanya 10% kandungan yang tidak memiliki gambar. Walaupun anda tidak memiliki kemahiran yang tinggi untuk menyunting gambar, tetapi anda masih boleh menggunakan aplikasi untuk menyunting gambar menggunakan telefon pintar.

Analisa & Laporan
Pengurus media sosial perlu memiliki kemahiran membaca data yang disediakan oleh laman media sosial untuk membuat analisa dan laporan. Gunakan data yang diberi untuk memperbaiki dan menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti.

Kandungan Video
Trafik penstriman video semakin meningkat setiap hari di internet. Oleh itu, penghasilan lebih banyak video yang berkualiti mampu menarik lebih ramai pengunjung ke laman media sosial.

Perancangan
Buat perancangan mengenai kandungan pada laman media sosial anda. Bina jadual kandungan kerana ia akan membantu anda untuk menghasilkan kandungan yang lebih banyak dan berkualiti.

Anda sudah mengetahui 7 kemahiran yang perlu ada sebagai pengurus media sosial? Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang anda rasakan ada kemahiran sebagai pengurus media sosial.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.