Zuid.my > Media Sosial > Jadualkan kandungan pada laman Facebook

Jadualkan kandungan pada laman Facebook

Jadualkan kandungan pada laman Facebook

Anda boleh mencipta dan jadualkan kandungan pada laman Facebook. Kandungan yang telah dijadualkan boleh disunting semula oleh admin dan editor yang menguruskan akaun Facebook anda.

Dengan menjadualkan kandungan pada laman Facebook, anda boleh menjimatkan masa yang banyak. Bayangkan dalam masa sehari, anda boleh menjadualkan kandungan pada lama Facebook selama sebulan. Anda juga tidak perlu lagi mengulangi perkara yang sama setiap hari untuk menerbitkan kandungan pada laman Facebook. Yang paling penting, anda tidak perlu risau lagi jika terlepas menerbitkan kandungan yang penting.

Membuat jadual kandungan merupakan sebahagian daripada ‘strategi pemasaran media sosial. Baca artikel ‘Kenapa jadual kandungan media sosial sangat penting?’ untuk mengetahui mengapa anda perlu melakukannya.

Berikut ialah langkah-langkah bagimana untuk jadualkan kandungan pada laman Facebook anda.

1. Buka laman Facebook perniagaan anda dan pilih Publishing Tools.
Jadualkan kandungan pada laman Facebook

2. Pilih scheduled posts.
Jadualkan kandungan pada laman Facebook

3. Pilih +Create.
Jadualkan kandungan pada laman Facebook

4. Pilih schedule post
Jadualkan kandungan pada laman Facebook

 

Antara sebab utama anda perlu melakukannya ialah;

Mampu mengekalkan kualiti.
Anda boleh menghasilkan kualiti yang lebih baik. Ia kerana anda sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan. Kandungan tersebut juga masih boleh disunting semula sehingga tarikh dan masa yang diberikan.

Melakukan post yang konsisten.
Kebarangkalian anda akan terlepas tarikh dan masa yang penting untuk menerbitkan kandungan adalah rendah. Dengan melakukannya, ia membolehkan anda menerbitkan kandungan pada masa yang sama setiap hari. Malah pengikut anda juga akan tertunggu pada masa yang sama setiap hari untuk anda mencipta kandungan yang berkualiti.

Mengurangkan gangguan waktu cuti.
Tidak perlu risau laagi jika rakan sekerja atau majikan anda akan terus menganggu waktu cuti. Ia kerana anda telah mencipta kandungan dan hanya menunggu masa untuk diterbitkan dengan sendiri pada tarikh dan masa yang telah anda tentukan.

 

Kini anda sudah mengetahui bagaimana untuk jadualkan kandungan pada laman Facebook. Sekarang giliran anda berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan untuk memudahkan kerja mereka.

Baca artikel ‘5 posisi penting untuk menguruskan media sosial‘ untuk mengetahui cara menjadikan kerja anda lebih  teratur dan pantas.

● Buat masa ini, cara membuat jadual ini hanya boleh dilakukan pada laman Facebook perniagaan. Manakala akaun Facebook peribadi masih tidak boleh melakukannya.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.