Antara muka ‘desktop’ atau ‘mobile’ lebih penting?

Pasti anda pernah melihat antara muka laman web menggunakan desktop tidak sama berbanding ketika menggunakan telefon pintar (mobile). Perkara ini berlaku kerana kebanyakan laman web menggunakan antara muka yang responsif. Tetapi antara muka versi manakah yang perlu diutamakan?

Antara muka laman web dibahagikan kepada 4 jenis.

Mobile – Laman web yang direka khas untuk pengguna telefon pintar.
Web apps – Hampir sama dengan versi mobile tetapi dibangunkan dalam bentuk aplikasi.
Responsive-design sites – Direka untuk pelbagai jenis peranti dan saiz skrin yang berbeza; susun atur akan berubah secara automatik bergantung kepada saiz skrin.
Full (desktop) – Dibangunkan untuk paparan penuh (desktop) dan tidak menyokong versi mobile.

Menurut kajian Statista, lebih 90% pengguna internet di dunia menggunakan telefon pintar.

Jika anda membina laman web korporat, sudah tentu antara muka versi desktop yang lebih penting kerana kebanyakan pengunjung laman web anda adalah kakitangan sendiri, rakan bisnes atau client. Kebanyakan mereka hanya melayari laman web anda pada waktu bekerja dan menggunakan komputer pejabat.

Tetapi jika anda menjual barangan secara online, bangunkan laman web yang berlandaskan web apps kerana ia menjana jualan 58% lebih banyak berbanding versi mobile.

Laman web yang menjual isi kandungan pula perlu mengutamakan antara muka versi mobile kerana ia bersifat umum.

Kesimpulannya, data tersebut dengan jelas memberitahu untuk membangunkan antara muka yang bersifat responsif, dan berikan keutamaan pada paparan versi mobile.