Zuid.my > Media Sosial > Bagaimana menambah trafik ke laman web menggunakan media sosial?

Bagaimana menambah trafik ke laman web menggunakan media sosial?

Bagaimana untuk menambah trafik ke laman web? Pengunjung tidak akan datang dengan sendiri ke laman web jika tidak ada sebarang promosi.

Menggunakan media sosial merupakan cara paling mudah, tetapi memiliki strategi pemasaran media sosial yang baik sahaja tidak mencukupi, jika tidak menggunakan teknik yang betul.

Beberapa teknik berikut boleh membantu untuk menambah trafik ke laman web.

Paparkan URL laman web
Kebanyakan laman media sosial telah menyediakan ruang untuk anda memaparkan URL laman web seperti di bahagian ‘bio‘ atau ‘about us‘, jadi pastikan anda menggunakan ruang tersebut sebaik mungkin kerana ia akan mendorong pengunjung ke laman web anda.

Kongsikan artikel dari laman web
Kongsikan ke laman media sosial setiap kali anda menulis artikel di laman web. Ia akan membantu untuk meningkatkan SEO, dan tentu sekali menambah trafik ke laman web. Tetapi jangan berkongsi ke laman media sosial setiap selang satu minit, kerana pengunjung akan menganggap ia sebagai SPAM. Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan pengikut di media sosial kerana kesilapan ini.

Rujuk pengunjung ke laman web
Anda ada mendapat soalan dari laman media sosial? Rujuk persoalan tersebut ke laman web anda yang memiliki jawapan tersebut.
◦ Jam berapa waktu operasi? – Berikan URL ke halaman hubungi yang menulis waktu operasi.
◦ Anda ada produk ini? – Kongsikan pautan ke halaman produk.
◦ Di mana kedai anda? – Rujuk soalan tersebut ke halaman peta lokasi.
Dapat tangkap idea yang diberikan? Fikir secara kreatif, dan anda mampu menghantar pengunjung ke setiap sudut laman web anda.

Interakif
Lakukan kuiz atau kaji selidik. Beri jawapan kepada kuiz atau kaji selidik tersebut di laman web kerana ia merupakan teknik paling mudah untuk melakukan interaktif dengan pengunjung. Berikan juga pengunjung tersebut hadiah untuk menjadikan mereka kekal berhubung dan setia.

Berikan arahan
Beri arahan kepada pengunjung laman media sosial anda seperti “layari www.zuid.my sekarang”, “berikan pendapat anda dengan komen pada artikel ini” atau “kongsikan artikel ini”.

Jika anda rasa ilmu yang diberikan ini bermanfaat, kongsikan artikel ini sekarang!

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.