Zuid.my > Gajet > Vivo V11 menggunakan pengimbas cap jari pada skrin

Vivo V11 menggunakan pengimbas cap jari pada skrin

Vivo V11

Vivo Malaysia mula menjual V11 dan V11i di pasaran pada hari ini. V11 dijual pada harga RM1,699 manakala V11i dijual pada harga RM1,299.

V11

Ia didatangkan dengan kod warna Starry Night (biru & ungu) dan Nebula (biru).

Dengan ukuran skrin 6.41 inci yang menggunakan paparan ‘Super AMOLED’, memori 6GB RAM, storan 128GB, dan menggunakan cip prosesan Qualcomm Snapdragon 660AIE pasti memberikan keterujaan pada anda yang gemarkan kelajuan pada telefon.

Kamera hadapan 25MP pula mendatangkan kepuasan pada penggemar swafoto, manakala kamera belakang dilengkapi dengan dwi-kamera gabungan 12MP + 5MP.

Ciri keselematan pula menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, yang pasti memberikan kelainan berbanding kebanyakan telefon pintar masa kini.

V11i

Memiliki rekaan yang hampir sama dengan V11, tetapi sedikit kekurangan dari segi spesifikasi. Manakala teknologi pengimbas cap jari pada skrin tidak disertakan sekali pada model ini.

Anda boleh mendapatkan kedua model telefon pintar ini melalui laman web Vivo Store sekarang.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.