Zuid.my > Ekstra > Tip sebelum membeli telefon pintar yang baru

Tip sebelum membeli telefon pintar yang baru

Apakah tujuan anda membeli telefon pintar yang baru?

Adakah kerana ia merupakan jenama yang popular seperti iPhone, Samsung atau Huawei? Sekadar ingin mengikut rakan-rakan supaya tidak kelihatan seperti ketinggalan atau kerana untuk kemegahan diri sendiri? Ataupun kerana telefon lama anda sudah rosak?

Tidak kira apakah tujuan anda membeli telefon, tetapi pastikan beberapa perkara penting sebelum anda membeli telefon baru, iaitu mengetahui spesifikasi sesuatu model telefon yang anda mahu beli. Pastikan juga ia berbaloi dengan nilai ringgit yang anda keluarkan untuk membelinya.

Telefon pintar ini dibahagikan kepada 3 kategori mengikut nilai harga.

Telefon mewah semestinya memiliki ciri-ciri yang terbaik padanya seperti pemproses (processors) yang laju dan kamera yang canggih.

Telefon kelas pertengahan memiliki hampir semua ciri-ciri yang ada pada telefon mewah, tetapi teknologi yang digunakan padanya tidak terlalu canggih dan berkualiti.

Telefon bajet merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang tidak memiliki bajet yang besar dan pengguna yang pertama kali membeli telefon. Ia juga boleh dijadikan sebagai peranti sandaran (backup).

 

Tip penting sebelum membeli telefon

Apakah keutamaan yang anda perlukan pada telefon pintar? Saiz skrin, kualiti kamera atau jangka hayat bateri? Ini akan sangat membantu anda untuk membuat pilihan. Keutamaan anda ini pasti memberi kesan yang besar kepada pemilihan untuk membeli telefon baru.

Telefon tahun lepas. Tunggu selepas setahun atau sehingga sessuatu jenama itu mengeluarkan model baru telefon mereka. Model yang lama itu pasti akan turun harga.

Pegang dan cuba dahulu telefon tersebut. Ini merupakan perkara penting sebelum membeli telefon. Ia untuk mengelakkan anda menyesal selepas membeli telefon kerana tidak mencuba dan melihatnya dengan lebih dekat terlebih dahulu.

Beli casing dan screen protector. Ia untuk mengelakkan telefon anda mengalami kerosakan yang teruk, dan tidak merendahkan harga pasaran jika anda hendak menjualnya semula.

Android atau iOS. Bergantung kepada keselesaan anda untuk menggunakan teknologi yang mana. Keduanya juga membolehkan anda untuk memuat turun aplikasi yang berbeza.

Saiz skrin. Jangan beli telefon yang mempunyai skrin yang kecil jika anda memiliki masalah penglihatan yang teruk dan jari yang gemuk, kerana ia akan menyukarkan anda untuk menggunakannya. Namun begitu, telefon yang memiliki saiz kecil lebih mudah untuk disimpan di dalam kocek atau beg.

Kualiti kamera. Periksa dahulu saiz megapixel dan kualiti gambar yang dihasilkan. Saiz megapixel yang besar tidak menjanjikan kualiti gambar yang cantik.

Jangka hayat bateri. Dapatkan telefon yang memiliki bateri yang besar (mAH). Setiap aplikasi yang bakal anda muat turun dan gunakan akan mengakibatkan bateri anda lebih cepat habis.

Teknologi lain. Periksa terlebih dahulu teknologi lain yang terdapat pada telefon tersebut seperti pengimbas cap jari, sokongan kad memori SD, pengecas tanpa wayar, kalis air, dan lain-lain mengikut apa yang anda utamakan.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.