Strategi Pemasaran Media Sosial

Memiliki akaun media sosial tanpa strategi dan pelan yang sesuai boleh merosakkan perniagaan anda. Berikut ialah senarai semak strategi pemasaran media sosial yang boleh membantu operasi perniagaan dalam talian anda.

Pendekatan pemasaran strategik yang memberi tumpuan kepada mencipta dan menyebarkan kandungan yang berharga, relevan & konsisten akan menarik dan mengekalkan pengunjung akaun media sosial anda.

Tetapkan matlamat – Mula dengan besar dan berkerja dari bawah. Adakah anda mahukan pelanggan yang setia? Mulakan dengan mencuba semua laman media sosial yang ada.

Ketahui sasaran – Jangan hanya menggunakan maklumat demografi, tetapi juga menggunakan psikografi.

Media sosial – Tentukan media digital utama yang akan menghubungkan anda dengan pelanggan. Adakah ia dalam bentuk blog, video, podcast atau lain-lain.

Strategi rangkaian sosial – Fokus pada laman media sosial yang mampu memberi tambah nilai pada anda. Hanya kerana rangkaian sosial tersebut memiliki jutaan pengguna aktif, tidak bermakna ia akan menyumbang secara langsung kepada objektif jenama anda.

Analisa – Apakah makna kejayaan kepada anda? Anda perlu sentiasa melakukan analisa terhadap strategi pemasaran media sosial untuk mengetahui sejauh mana keberkesanannya. Siasat apakah strategi yang berkesan dan apa yang tidak.

 

Faedah pemasaran media sosial

Pemasaran media sosial meningkatkan kesedaran jenama anda. 78% daripada usahawan perniagaan kecil menggunakan media sosial untuk menarik pelanggan baru. Manakala 33% daripada pelanggan menggunakan media sosial sebagai cara untuk mengenal pasti jenama, produk dan perkhidmatan baru.

Kehadiran akaun media sosial sesebuah syarikat, jika dilakukan dengan betul akan menyedarkan pelanggan anda, bahawa jenama syarikat anda masih aktif.

Selain itu, pemasaran media sosial juga mempunyai kuasa untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan. 71% pelanggan yang mendapat maklum balas yang pantas daripada akaun media sosial akan mengesyorkan perniagaan itu kepada orang lain.

Sekarang anda sudah memahami betapa pentingnya media sosial? Mengapa tidak untuk berkongsi artikel ini…