Zuid.my > Gajet > Sony memperkenalkan PlayStation Classic

Sony memperkenalkan PlayStation Classic

PlayStation Classic

Setelah 23 tahun sejak kali pertama Sony memperkenalkan konsol PlayStation, kini Sony memperkenalkan pula PlayStation Classic yang bakal dijual bermula 3 Disember 2018 khas untuk penggemarnya yang terdahulu, dan memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat untuk menikmati permainan mereka yang terdahulu.

Walaupun dikata cuba meniru Nintendo yang menjual permainan klasik mereka, ia tetap dijangka mendapat sambutan daripada penggemar permainan-permainan yang bakal berada di dalam konsol tersebut kerana rekod hasil jualan Sony PlayStation yang terdahulu juga sangat memberangsangkan, dengan jualan lebih 100 juta unit dalam tempoh 9½ tahun.

Dengan senarai permainan seperti Final Fantasy VII, Jumping Flash, Tekken 3, Ridge Racer Type 4 dan Wild Arms yang telah diumumkan setakat ini, sudah cukup meyakinkan untuk menjadikannya pembelian yang berbaloi.

PlayStation Classic

Manakala perbezaan yang boleh didapati pada PlayStation Classic ini ialah saiznya yang lebih kecil, iaitu 45% lebih kecil daripada konsol yang terdahulu. Namun tetap mengekalkan alat kawalan dan pembungkusan yang sama agar ia masih memberikan perasaan yang sama ketika bermain permainan yang terdahulu.

Slot kad memori dan ruang meletak cakera pula hanya dijadikan sebagai hiasan. Tetapi butang buka boleh digunakan untuk membuat seleksi permainan yang terdapat padanya.

Sistem yang digunakan PlayStation Classic hanya memerlukan kabel HDMI untuk menyambungkannya ke televisyen. Kuasanya pula menggunakan sambungan USB sahaja, kerana ia tidak menyediakan AC adapter.

Layari laman web PlayStation.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PlayStation Classic.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.