Zuid.my > Ekstra > Selamat menyambut Hari Malaysia ke-55

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-55

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Pada asalnya, pembentukan Malaysia dirancang pada tarikh 31 Ogos 1963, tetapi kemudiannya terpaksa ditangguhkan. Perkara ini berlaku kerana bantahan daripada negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Oleh itu pungutan suara di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak harus dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan berjaya disiapkan pada 14 September 1963.

Akhirnya pada tanggal 16 September 1963, YTM Tunku Abdul Rahman Putra telah mengisytiharkan hari pembentukan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Upacara bersejarah tersebut turut disertai oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Singapura dan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia!

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.