Zuid.my > Gajet > Samsung Galaxy A9 merupakan telefon pintar pertama memiliki 4 kamera belakang

Samsung Galaxy A9 merupakan telefon pintar pertama memiliki 4 kamera belakang

Samsung Galaxy A9

Samsung mencipta sejarah dengan memperkenalkan telefon pintar yang pertama memiliki 4 kamera belakang iaitu Samsung Galaxy A9. Namun ia hanya akan mula dijual pada bulan November 2018. Manakala harga bagi telefon tersebut masih belum didedahkan.

Dari segi spesifikasi, sudah tentu yang paling menarik perhatian ialah 4 kamera di belakang. Kamera utama 24 megapiksel dengan lensa F1.7 yang terdapat padanya sudah cukup untuk menghasilkan gambar yang berkualiti, manakala kamera kedua 5 megapiksel dengan lensa F2.2 digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh. Kamera ketiga 10 megapiksel pula hadir dengan lensa F2.4 dan zoom optikal 2 kali. Kamera yang keempat pula menggunakan wide lens 120° dengan saiz 8 megapiksel dan lensa F2.4.

Samsung Galaxy A9

Baca artikel: Tip sebelum membeli telefon pintar yang baru

Menggunakan pemproses Octa-core 6GB RAM dengan storan dalam 128GB, dan mampu menyokong storan tambahan sehingga 512GB menggunakan kad memori microSD pasti digemari semua yang gemar menyimpan gambar, video dan fail di dalam telefon pintar.

Paparannya yang menggunakan Super AMOLED dengan saiz skrin 6.3 inci pula pasti memberi kepuasan kepada anda yang suka menonton video.

Kapasiti bateri 3,800 mAH yang menggunakan teknologi pengecas pantas mampu mengelakkan telefon kekeringan bateri.

Ciri tambahan lain yang terdapat pada Samsung Galaxy A9, ialah ia membolehkan anda melihat maklumat penting seperti tarikh, cuaca, masa dan notifikasi dengan paparan yang sentiasa menyala.

Dari segi ciri keselamatan, ia menggunakan pengimbas cap jari dan imbasan wajah.

Rekaan luarannya pula didatangi dengan 3 pilihan warna iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Layari laman web samsung.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A9.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.