PIXLR Editor pengganti Adobe Photoshop

Tak perlu risau jika komputer ada tiada perisian Adobe Photoshop. Hanya memerlukan talian internet, anda sudah boleh menggunakan perisian atas talian yang bernama PIXLR Editor. Semua tools asas yang didapati dalam Adobe Photoshop juga boleh didapati di PIXLR Editor.

pixlr editor autodesk

Berikut ialah senarai kelebihan & kelemahan PIXLR Editor:

Kelebihan
● PIXLR ialah perisian atas talian yang percuma.
● Mudah untuk dipelajari.
● Perisiannya tidak membebankan komputer & ringan.

 

Kelemahan
● Hanya menyokong beberapa format imej iaitu JPEG, GIF, PNG, PSD dan BMP, tetapi tidak menyokong format TIFF.
● Sukar untuk mendapatkan tutorial cara penggunaan PIXLR, dan bahagian ‘bantuan’ tidak menyeluruh.
● Tidak mampu melakukan editing terhadap file berformat RAW.
● Memerlukan talian internet untuk menggunakannya.