Zuid.my > Media Sosial > Pintasan pada papan kekunci PC untuk pengguna media sosial

Pintasan pada papan kekunci PC untuk pengguna media sosial

Papan kekunci

Khas untuk pengguna PC yang gemar bermain media sosial di Facebook & Twitter.

Anda boleh menggunakan pintasan ini untuk memudahkan aktiviti anda di media sosial atau membuat rakan-rakan berasa kagum.

Berikut disenaraikan pintasan pada papan kekunci yang harus anda tahu.

Pintasan pada papan kekunci untuk Facebook.

J – Tatal ke suapan berita seterusya.
K – Tatal ke suapan berita sebelum.
Q – Cari rakan di Messenger.
/ – Buat carian.
P – Membuat post baru.
LLike atau Unlike pada post yang dipilih.
C – Komen pada post yang dipilih.
S – Kongsikan post yang dipilih.
O – Buka lampiran atau pautan yang terdapat pada post.

Pintasan papan kekunci berikut berbeza bergantung pada browser yang anda gunakan. Gantikan ‘#‘ dengan ‘nombor kunci akses‘ yang disenaraikan.

Internet Explorer: Alt + #, klik Enter
Firefox: Shift + Alt + #
Chrome: Alt + #

Nombor kunci akses:
0 – Bantuan
1 – Bina halaman, iklan, kumpulan atau acara
2 – Halaman utama
3 – Rakan
4 – Peti masuk
5 – Notifikasi
6 – Tetapan
7 – Log aktiviti
8 – Halaman rasmi Facebook
9 – Halaman polisi

Contoh: Klik Alt + 5 jika mahu melihat notifikasi.

Pintasan pada papan kekunci untuk Twitter.

J – Kicauan seterusnya
K – Kicauan sebelum
N – Kicauan baru
M – Mesej

Tekan kedua aksara berikut pada papan kekunci untuk membuat pintasan.

G + H – Halaman utama
G + O – Mengenai Twitter
G + N – Notifikasi
G + P – Halam profil
G + L – Suka
G + I – Senarai
G + M – Mesej
G + S – Tetapan

 

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.