Zuid.my > Laman Web > Perbezaan ‘Pemasaran Media Sosial’ dan ‘Pemasaran Kandungan’

Perbezaan ‘Pemasaran Media Sosial’ dan ‘Pemasaran Kandungan’

Tahukah anda perbezaan ‘Pemasaran Media Sosial’ dan ‘Pemasaran Kandungan’?

Keduanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mempromosikan jenama, tetapi keduanya mempunyai cara kerja yang berbeza dengan fokus tujuan yang berbeza.

Apa yang membuat dua kaedah pemasaran ini nampak sama, dan apa yang menjadikannya berbeza?

 

Pemasaran Media Sosial

Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest, LinkedIn, Google+, dan banyak lagi media sosial yang baru muncul setiap tahun. Dalam tempoh 10 tahun terakhir, media sosial menjadi sangat popular dan menghimpunkan berbillion pengguna pada rangkaian media sosial.

Dominasi dunia media sosial oleh Facebook telah mewujudkan kaedah pemasaran yang baru; pemasaran media sosial.

Ia merupakan proses untuk mendapatkan trafik dan menjenamakan perniagaan melalui media sosial.

Pemasaran media sosial dapat membantu mengembangkan capaian perniagaan secara digital, dan berhubung dengan pelanggan atau peminat.

 

Pemasaran Kandungan

Pemasaran kandungan merupakan teknik yang menggunakan pelbagai jenis kandungan seperti blog, webinar, video, dan pelbagai lagi untuk menarik pengunjung ke laman web.

Kadangkala ‘pemasaran kandungan’ juga digelar sebagai ‘pemasaran dalaman’ kerana keduanya memiliki banyak persamaan.

‘Pemasaran kandungan’ mampu untuk menarik pengunjung ke laman web dengan adanya kandungan yang menarik. Ia mungkin agak sukar, tetapi jika dilakukan dengan betul, ia boleh jadi sangat berkesan dengan mempunyai kesan yang berkekalan.

 

Apakah perbezaannya?

Jika anda membuat kandungan pada laman web, dan meletakkan kandungan laman web pada media sosial seperti Facebook, maka ia bukan pemasaran media sosial, tetapi hanya sebahagian daripada pemasaran kandungan.

Pemasaran media sosial ialah aktiviti mempromosikan jenama dan meningkatkan kesetiaan pelanggan anda menggunakan media sosial.

Anda juga perlu mengkaji strategi pemasaran media sosial untuk mencapai sasaran pelanggan yang anda mahukan.

 

Pemasaran media sosial atau pemasaran kandungan lebih bagus?

Sanggupkah anda memotong tangan kiri kerana anda lebih kerap menggunakan tangan kanan? Ramai yang tidak sanggup melakukannya kerana ia akan menjadikan anda tidak sempurna.

Ia juga sama dengan pemasaran media sosial dan pemasaran kandungan pada laman web anda.

Daripada cuba memilih antara pemasaran media sosial dan pemasaran kandungan, mungkin lebih baik jika memilih untuk fokus pada kaedah pemasaran yang mana. Lagipun, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih baik apabila menggunakan kedua-duanya.

 

Pertimbangkan tiga faktor berikut, untuk fokus pada pemasaran media sosial atau pemasaran kandungan.

Kandungan laman web. Berapa banyak kandungan pada laman web anda? Jika anda sudah memiliki kandungan yang banyak, anda harus fokus pada media sosial untuk mempengaruhi pengunjung ke kandungan laman web. Tetapi jika kandungan pada laman web tidak banyak, berikan keutamaan kepadanya.

Berapa banyak media sosial yang anda aktif? Jika anda sudah aktif pada 4 atau lebih pada rangkaian media sosial, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menghasilkan kandungan laman web yang berkualiti. Tetapi jika anda hanya mengamalkan pemasaran kandungan, maka sudah tiba masanya untuk anda belajar strategi pemasaran media sosial.

Tenaga kerja untuk menguruskan media sosial. Bebanan kerja untuk menguruskan media sosial syarikat boleh jadi sangat banyak. Jika anda tidak memiliki tenaga kerja untuk menguruskan media sosial secara efektif, kesannya boleh jadi sangat buruk. Bahagikan tugas untuk menguruskan media sosial kepada pakar dalam syarikat anda untuk mengurangkan bebanan kerja.

 

Konsisten melakukan pemasaran media sosial dan pemasaran kandungan.

Adalah sangat penting untuk melakukan kedua-dua kaedah pemasaran tersebut secara konsisten. Ia adalah untuk memberi keyakinan kepada pengunjung atau pelanggan bahawa syarikat anda masih aktif.

Yang paling penting ketika anda melakukannya secara konsisten, ialah untuk meningkatkan kesetiaan pengunjung laman web dan media sosial, kerana mereka akan sentiasa diberikan kandungan atau maklumat yang baru.

Sebab itu zuid.my menyediakan butang untuk anda berkongsi di media sosial pada bahagian bawah. Ia merupakan sebahagian daripada teknik pemasaran media sosial dan pemasaran kandungan.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.