Zuid.my > Laman Web > Optimumkan laman WordPress untuk mengelakkan ‘CPU/Virtual Memory’ melebihi had

Optimumkan laman WordPress untuk mengelakkan ‘CPU/Virtual Memory’ melebihi had

Pernahkah laman WordPress anda menjadi perlahan, sehingga kadang kala tidak boleh dibuka dan meninggalkan ‘error 508‘? Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu adalah sangat penting untuk laman WordPress anda selalu diselenggara dan dikemas kini.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk mengoptimumkan laman WordPress.

Kemas kini WordPress
Jangan lupa untuk kemas kini WordPress pada versi baru. Kebanyakan kita tidak melakukan kemas kini pada versi WordPress kerana ia masih berfungsi dengan baik. Kemas kini pada versi baru biasanya akan membantu dari segi keselamatan dan pengoptimuman.

Penggunaan themes dan kesesuaiannya
Ini merupakan antara faktor utama yang sering memberi kesan kepada ‘CPU/Virtual Memory‘. Sebelum menggunakan themes, pastikan kesesuaiannya dengan versi WordPress yang digunakan. Themes yang menarik dengan pelbagai sokongan plugin dan widget biasanya memerlukan penggunaan ‘CPU/Virtual Memory‘ yang lebih.

Singkirkan plugin yang tidak digunakan
Dengan hanya menyahaktifkan plugin yang tidak digunakan, tetap akan memberikan kesan kepada penggunaan ‘CPU/Virtual Memory‘. Perkara terbaik yang harus dilakukan ialah menyingkirkan (delete) plugin tersebut daripada laman WordPress.

Kemaskini plugin pada versi baru
Plugin yang digunakan memerlukan kemas kini untuk memperbaiki pepijat mereka atau sebarang masalah lain yang mungkin akan mengakibatkan kesan kepada penggunaan ‘CPU/Virtual Memory‘.

Kurangkan penggunaan widget
Kurangkan penggunaan widget yang tidak diperlukan. Lebih banyak penggunaan widget, bermakna lebih banyak bebanan kepada pelayan (server).

Kurangkan penggunaan PHP atau Pangkalan Data
Skrip PHP dan pangkalan data memerlukan penggunaan CPU yang tinggi. Oleh itu, berhati-hati ketika melakukan dokumentasi menggunakan plugin.

Kurangkan bebanan pada fail index.php atau halaman utama
Halaman utama anda boleh memberikan bebanan yang teruk pada pelayan (server) pada waktu puncak. Untuk mengurangkan bebanan, pastikan halaman utama anda tidak serabut. Kurangkan juga jumlah post dan gambar beresolusi tinggi pada halaman utama. Malah lebih baik jika anda menggunakan perkhidmatan CDN seperti Cloudfront.

Optimumkan jadual pangkalan data secara rutin
Log masuk pada PhpMyAdmin secara rutin untuk mengoptimumkan jadual pangkalan data. Pangkalan data yang tidak dioptimumkan akan mengakibatkan bebanan kepada pelayan (server). Selain pengoptimuman pangkalan data, anda juga harus membuang data atau fail spam.

Cache
Gunakan plugin yang boleh membantu dari segi cache kerana ia dapat mengubah laman WordPress yang berada dalam keadaan dinamik menjadi statik. Ia juga akan mengurangkan bebanan kepada pelayan (server).

Jangan guna WP-Cron
Jangan guna WP-Cron atau tukar jadual tetapan tugasan ia pada setiap jam sekali sahaja. Ia dapat mengurangkan penggunaan CPU dengan banyak.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.