Zuid.my > MoJo > Mobile Journalism?

Mobile Journalism?

Mobile Journalism (MoJo) merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang wartawan. Tetapi apa itu mobile journalism?

Tidak kira sama ada anda merupakan wartawan penyiaran televisyen, akhbar, majalah, online, ataupun seorang blogger, MoJo merupakan teknik terpantas untuk menyampaikan berita.

Telefon pintar bukan sahaja menjadi medium terbaru untuk kita mendapatkan berita, malah ia juga mengubah cara kita menerbitkan berita.

Dengan erti kata lain, MoJo ialah apabila seseorang wartawan menggunakan alat elektronik mudah alih (telefon pintar dan tablet) untuk mengumpulkan, menyunting dan menyebarkan berita kepada pembaca atau penonton.

Sebelum ini, kita sering membezakan wartawan penyiaran, wartawan penerbitan, dan wartawan media sosial atau blogger. Tetapi pada hari ini, semua itu sudah tidak memberi apa-apa makna. Seorang wartawan yang bagus harus mampu melakukan segalanya.

mojo

Kelengkapan utama untuk melakukan MoJo, sudah semestinya alat elektronik mudah alih (telefon pintar atau tablet). Namun beberapa aksesori tambahan tetap diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja terbaik seperti tripod, monopod, stabilizer, mikrofon dan lampu sokongan.

Selain itu, anda juga memerlukan aplikasi untuk menyunting gambar dan video di dalam peranti elektronik mudah alih.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.