Zuid.my > Video > ‘Live Streaming’ dengan OBS

‘Live Streaming’ dengan OBS

Mahu membuat ‘Live Streaming’ di Facebook atau Youtube? Perisian yang paling mudah dan boleh didapati secara percuma ialah OBS (Open Broadcaster Software).

OBS merupakan perisian sumber terbuka (open source) yang ditulis menggunakan C dan C++, dan membolehkan rakaman pada peranti, pengekodan, dan rakaman biasa dilakukan. Manakala transmisi data menggunakan RTMP (Real Time Messaging Protocol), dan boleh dihantar ke mana-mana sistem yang menyokong RTMP seperti Facebook dan Youtube.

Paparan antara muka OBS mempunyai 5 bahagian utama iaitu scenes, sources, audio mixer, transitions, dan controls. Manakala ketika anda menggunakan ‘studio mode’, anda akan mendapati 2 paparan tetingkap tontonan iaitu di bahagian kiri ialah paparan yang tidak aktif dan boleh disunting, manakala di sebelah kanan ialah paparan yang sedang aktif. Di bahagian tengah antara 2 paparan tersebut, anda akan mendapati butang ‘transition‘ untuk mengubah paparan tidak aktif kepada menjadi aktif.

Namun begitu, perisian OBS ini hanya menyokong Windows 7, 8, 8.1 dan 10, macOS 10.11 dan ke atas, serta Ubuntu 14.04 dan teratas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perisian OBS, boleh layari laman web OBSproject untuk memuat turun perisian tersebut secara percuma.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.