Zuid.my > Ekstra > Kesalahan penggunaan harta intelek yang sering dilakukan

Kesalahan penggunaan harta intelek yang sering dilakukan

Harta intelek

Harta intelek terdapat beberapa jenis. Antaranya ialah penulisan, lukisan, gambar dan video.

Maka, jangan gunakan harta intelek orang lain kerana ia merupakan aspek terpenting sebelum anda mencipta sesuatu post pada laman web atau media sosial.

Kegagalan anda kerana tidak tahu atau berdegil untuk menggunakan harta intelek orang lain boleh mengakibatkan syarikat atau diri anda sendiri disaman.

Malah bukan anda seorang sahaja yang melakukan kesalahan tersebut kerana terdapat banyak syarikat-syarikat besar yang turut melakukan kesalahan.

Namun masih belum terlambat untuk anda mengelakkan daripada disaman (jika masih belum disaman kerana menggunakannya). Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuang semua bahan tersebut pada laman web atau media sosial anda.

Bagaimana pula untuk anda mendapatkan gambar atau video untuk kegunaan laman web dan media sosial anda? Sudah tentu ada cara untuk anda mendapatkannya secara percuma.

Berikut ialah 4 cara untuk anda mendapatkan gambar atau video secara percuma tanpa melakukan kesalahan.

1. Minta izin
Dapatkan kebenaran bertulis (emel, whatsapp, sms, dll) daripada pemilik asal. Mereka mungkin akan membenarkan anda untuk menggunakannya.

2. Regramming, Repost atau Share
Pengguna media sosial tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan untuk mereka membenarkan gambar atau video mereka dikongsi di media sosial. Maka tidak menjadi kesalahan untuk melakukan regramming, repost atau share.

3. Laman web stok foto atau video.
Muat turun foto atau video melalui laman web yang menyediakannya secara percuma. Klik sini untuk mengetahui 4 laman web yang menyediakan stok gambar secara percuma.

4. Enjin Carian
Gunakan enjin carian untuk mencari gambar yang dimahukan. Tetapi gunakan ‘Advanced Image Search‘ atau rujuk pada gambar di bawah untuk melakukan carian.

Harta intelek

Bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati ketika melakukan carian tersebut kerana bukan semua imej yang dipaparkan berjaya ditapis dengan tepat oleh Google. Semak semula pada laman web yang menyediakan imej tersebut untuk mendapatkan pengesahan.

Jika anda rasa ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat, kongsikannya pada media sosial anda untuk mengelakkan rakan-rakan anda disaman.

 

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.