Zuid.my > MoJo > Kenapa perlu merakam menggunakan telefon pintar?

Kenapa perlu merakam menggunakan telefon pintar?

Kenapa perlu merakam menggunakan telefon pintar

Kenapa perlu merakam menggunakan telefon pintar walaupun anda memiliki kamera kompak & DSLR? Selalunya kita tidak akan membawa kamera kompak & DSLR ke mana sahaja sepanjang masa. Manakala telefon pintar akan selalu berada di dalam kocek atau di dalam beg kita. Oleh itu, telefon pintar semestinya menjadi pilihan terbaik untuk merakamkan gambar dan video.

Dengan teknologi kamera yang digunakan pada telefon pintar masa kini juga mampu menghasilkan gambar yang berkualiti. Maka ia tidak menjadi penghalang untuk anda mendapatkan gambar yang cantik pada bila-bila masa.

Tetapi telefon apakah yang harus anda gunakan? Soalan itu adalah sangat sukar untuk dijawab kerana ia bergantung kepada diri anda sendiri. Apa yang mampu dicadangkan, ialah anda harus menggunakan telefon berkamera yang memiliki saiz megapixel yang besar dengan kualiti gambar terbaik.

Baca artikel: Tip sebelum membeli telefon pintar yang baru

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memilih telefon pintar, alternatif yang anda ada ialah bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif. Satu lagi alternatif terbaik ialah bertanya secara terus kepada penjual telefon pintar.

Walau bagaimanapun, telefon pintar tetap memiliki kekurangan dari segi kawalan manual. Namun anda masih boleh menyunting semula gambar tersebut menggunakan Adobe Lightroom dan Photoshop. Aplikasi menyunting gambar yang terdapat pada App Store dan Play Store juga boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang cantik.

Kelemahan menyunting gambar tidak menjadi masalah yang besar jika anda mengetahui teknik asas mengambil gambar iaitu komposisi. Pengetahuan mengenai pencahayaan, warna, garisan dan kedudukan subjek sudah mencukupi untuk anda menghasilkan gambar yang berkualiti.

Mengambil gambar menggunakan telefon pintar juga memudahkan anda untuk berkongi gambar pada media sosial. Manakala aplikasi media sosial seperti Flickr dan Instagram yang terdapat pada telefon pintar membolehkan anda bertanya pendapat atau berkongi idea dengan jurugambar profesional, kerana ia merupakan media sosial yang popular dikalangan jurugambar.

 

Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua.

*Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan yang lain juga.

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.