Zuid.my > Media Sosial > Kenapa media sosial sangat penting?

Kenapa media sosial sangat penting?

Kita semua sering bermain dengan media sosial dan mempunyai pemahaman yang cukup baik bagaimana ia berfungsi. Bagaimana jika saya katakan Facebook memiliki jumlah pengguna paling aktif pada hari Jumaat dan Instagram mempunyai pengguna berusia 20-30 tahun yang paling ramai, adakah anda masih berfikir bahawa anda memiliki pemahaman yang baik mengenai media sosial?

Media sosial adalah sangat penting untuk melakukan pemasaran di atas talian. Sebelum itu anda perlu tahu dahulu apa itu pemasaran? Ia merupakan aktiviti dan proses yang mewujudkan komunikasi dan menyampaikan penawaran yang bernilai kepada pelanggan.

Sekarang kita lihat pula mengenai pemasaran media sosial. Pemasaran media sosial adalah untuk membina jenama dan meningkatkan hubungan komunikasi dengan pelanggan yang berpotensi.

Rangkaian media sosial adalah salah satu industri yang paling pesat berkembang di dunia.

Dengan kadar pertumbuhan 25% untuk tempoh 5 tahun akan datang, sudah pasti sekarang merupakan masa yang terbaik untuk anda melakukan pelaburan terhadap media sosial, jika anda belum melakukannya.

 

Media Sosial dan bagaimana ia berfungsi?

Terdapat banyak laman media sosial yang terus berkembang dan kesemuanya mempunyai ciri dan tujuan yang unik. Berikut ialah beberapa contoh laman media sosial.

● Facebook adalah rangkaian media sosial yang paling besar dan memiliki 1.55 bilion jumlah pengguna bulanan yang aktif. Tidak kira jika anda merupakan sebuah syarikat kecil atau syarikat yang mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan, anda perlu berada di Facebook dan melibatkan diri dengan pelanggan anda.

● Twitter dikenali sebagai platform “masa kini” dan memiliki 255 juta pengguna bulanan yang aktif. Twitter merupakan alat pemasaran dalam talian yang sempurna untuk perniagaan yang ingin berhubung dengan pelanggan (dan bersedia untuk membalasnya). Yang penting ketika menggunakan Twitter ialah pantas dan pintar.

● Instagram merupakan platform visual (gambar) yang direka untuk pengguna yang mahu menyiarkan, berkongsi, mengulas dan melibatkan diri melalui media sosial. Dengan erti kata lain, gambar mampu memberikan sejuta makna.

● Google+, Youtube dan Pinterest merupakan laman sosial yang sering kita terlepas pandang. Dan yang terbaru ialah Snapchat, sebuah laman media sosial yang baru-baru ini ia mencatatkan 6 bilion pandangan (view) dalam sehari.

Adakah anda sudah memiliki kesemua akaun laman media sosial tersebut? Jika belum, anda boleh memulakan  pemasaran media sosial di kesemua rangkain tersebut, supaya tidak terlepas peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.