Zuid.my > Media Sosial > Kenapa jadual kandungan media sosial sangat penting?

Kenapa jadual kandungan media sosial sangat penting?

Jadual kandungan media sosial

Jadual kandungan media sosial sangat penting untuk sesebuah perniagaan, kerana jika anda sudah mengetahui mengenai kepentingan media sosial, maka anda juga harus merancang bagaimana untuk menjadikan media sosial anda lebih baik.

Ia membolehkan sesuatu organisasi untuk merancang apa yang mahu dilakukan dan menjadikan kerja lebih teratur. Malah pengunjung media sosial anda juga boleh mendapat kandungan yang konsisten.

Selain itu, dengan adanya jadual media sosial, strategi pemasaran media sosial anda juga mungkin akan lebih berkesan.

7 sebab kenapa anda memerlukan jadual untuk media sosial.

1. Tidak terlepas tarikh penting
Tujuan utama kenapa anda memerlukan jadual untuk medial sosial, ialah supaya anda tidak terlepas tarikh penting sesuatu peristiwa seperti musim cuti, perayaan, pelancaran produk dan lain-lain. Ia membolehkan anda menyediakan kandungan lebih awal sebelum sesuatu peristiwa itu berlaku.

2. Kandungan yang teratur & terancang
Sesuatu kandungan itu menjadi lebih mudah untuk diaturkan ke media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter & YouTube mengikut keutamaan anda.

3. Kerja berpasukan yang efektif
Ia menjadikan kerja berpasukan lebih efektif. Dengan adanya jadual media sosial, setiap perancangan yang dilakukan akan diketahui oleh ahli pasukan yang lain. Ahli pasukan yang lain tidak perlu menganggu waktu cuti anda kerana mereka sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan.

4. Jimat masa
Kerja yang terancang pasti akan menjimatkan masa. Anda sudah tidak perlu berfikir apa yang dilakukan seterusnya kerana anda hanya perlu mengikut apa yang dirancang.

5. Pembahagian tugas yang terancang
Tidak perlu menyuruh rakan sepasukan anda yang lain melakukan kerja pada saat akhir. Kerja membuat copywriting atau penyuntingan video boleh diberi lebih awal. Ia juga dapat mengelakkan anda melanggar deadline.

6. Dapat mengetahui kandungan bagaimana yang berkesan untuk perniagaan anda
Dengan jadual yang terancang ini membolehkan anda membuat kajian mengenai kandungan pada laman web atau media sosial dengan lebih mudah. Ia kerana anda sudah mengetahui kandungan yang bagaimana anda berikan pada satu tempoh masa tertentu.

7. Kempen pengiklanan
Dapat membuat kempen pengiklanan yang lebih teratur. Dengan kandungan yang dirancang, ia membolehkan anda untuk mengejar prospek pengiklan yang bersesuaian untuk tempoh masa tertentu.

 

Bagaimana membuat jadual media sosial?

1. Apa yang dimahukan oleh pengunjung anda?
Untuk mendapatkan kandungan yang bagus ialah dengan mendapatkan apa yang dimahukan oleh pengunjung anda. Oleh itu anda perlu mengetahui mengenai demographic media sosial anda seperti jantina, umur dan pekerjaan mereka. Maklumat itu akan sedikit membantu untuk anda membuat jadual media sosial yang berkesan.

2. Kaji kandungan yang terdahulu
Dengan membuat kajian terhadap kandungan yang terdahulu akan sangat membantu untuk anda membuat jadual yang seterusnya. Apa yang perlu anda ketahui mengenai kandungan terdahulu ialah kandungan yang bagaimana mendapat lebih banyak likes, komen, kongsian. Lihat juga jumlah views yang diperolehi melalui kandungan video anda pada media sosial. Anda juga mungkin boleh menggunakan semula kandungan yang terdahulu pada media sosial anda.

3. Peristiwa penting
Periksa setiap peristiwa penting yang bakal berlaku. Ia membolehkan anda tidak terlepas peluang untuk menghasilkan kandungan yang bagus pada tarikh tersebut.

4. Rangka jadual
Anda sudah tahu kandungan apa yang mahu dibuat. Kini anda perlu tahu media sosial apa yang harus digunakan untuk setiap kandungan anda. Berapa kekerapan untuk melakukan sesuatu post dan waktu yang bersesuaian juga harus dipertimbangkan ketika membuat jadual.

 

Berikut ialah beberapa contoh jadual kandungan untuk beberapa syarikat.

 

 

 

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.