Zuid.my > Laman Web > Kenapa HTTPS sangat penting?

Kenapa HTTPS sangat penting?

HTTPS

HTTPS? Tahukah anda apa maknanya? Apakah pula fungsinya?

HTTP sahaja bermaksud Hypertext Transfer Protocol. Manakala huruf S yang ditambah itu ialah SSL (Secure Sockets Layer). Ia merupakan teknologi untuk menyulitkan data anda ke laman web supaya sukar digodam.

Tetapi kenapa ia sangat penting? Dan kenapa anda perlukannya pada laman web anda?

Berikut ialah 5 sebab utama kenapa HTTPS sangat penting.

1. Bagus untuk enjin carian
Setiap saat algoritma Google akan mencari laman web untuk berada di tempat teratas pada enjin carian. Jika terdapat 2 laman web yang memiliki kualiti isyarat yang sama (termasuk SEO), maka laman web yang memiliki HTTPS akan berada di atas.

2. Bagus untuk pengunjung
SSL mampu mengurangkan kebarangkalian laman web anda digodam, terutamanya jika laman web anda menyediakan khidmat pembayaran secara online atau ruang untuk log masuk pengunjung. Ingatlah bahawa privasi pengunjung sangat penting, manakala HTTPS penting untuk privasi.

3. SSL diperlukan untuk AMP
AMP bermaksud ‘Accelerated Mobile Pages’. Ia merupakan teknologi yang menjadikan laman web anda lebih pantas pada versi mobile (mudah alih/telefon pintar). AMP juga merupakan aspek yang penting untuk mendapatkan SEO yang baik.

4. Google mengutamakan laman web yang responsif
Google bukan sahaja mengutamakan laman web yang baik pada versi desktop, tetapi juga pada versi mobile. Kebolehan laman web anda menggunakan AMP pada versi mobile, akan meningkatkan kedudukan laman web anda pada enjin carian.

5. Google Chrome
Oleh kerana browser yang paling popular dikalangan pengguna internet ialah Google Chrome, maka anda perlu menggunakan HTTPS. Laman web yang hanya menggunakan HTTP akan ditanda sebagai tidak selamat pada browser tersebut.

Kini anda sudah sudah mengetahui mengenai kepentingan HTTPS, maka sudah tiba masa untuk anda berubah menggunakannya. Selain mendapatkan SEO yang baik, ia juga menjadikan laman web anda kurang berisiko untuk digodam.

Tahniah juga kepada anda yang telah menggunakannya, kerana menjadikan internet ini lebih selamat untuk dilayari.

Kongsikan artikel ini pada rakan-rakan jika anda rasa ia bermanfaat!

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.