Zuid.my > Laman Web > Jangan klik sendiri iklan Google AdSense pada laman web anda!

Jangan klik sendiri iklan Google AdSense pada laman web anda!

Google Adsense

Artikel ini mungkin agak membosankan untuk anda yang sudah biasa membuat duit menggunakan laman web. Tetapi adalah sangat penting untuk anda mengetahui mengenai dasar privasi Google AdSense.

Antara perkara paling penting ialah jangan klik sendiri iklan Google AdSense pada laman web anda.

Pastikan anda memenuhi dasar privasi Google AdSense, atau akaun anda mungkin akan digantung sementara atau ditutup selamanya. Jika perkara ini berlaku, nama anda mungkin disenarai hitam dari menyertai program Google AdSense selamanya walaupun menggunakan akaun lain.

Mari kita lihat 5 perkara penting mengenai dasar privasi Google AdSense yang perlu anda tahu.

1. Dasar privasi pada laman web anda.
Perkara pertama yang perlu anda ketahui sebelum menyertai program Google AdSense ialah memiliki dasar privasi sendiri pada laman web anda. Antara sebab utama yang boleh mengakibatkan akaun anda tidak diluluskan atau digantung oleh Google AdSense adalah kerana tiada dasar privasi pada laman web anda.

2. Klik secara tidak sah.
Ini merupakan kesalahan yang sering didapati pada kebanyakan laman web. Menggunakan perisian automatik atau bots untuk klik pada iklan AdSense merupakan satu kesalahan. Mengarahkan rakan-rakan, kakitangan atau klik dengan sendiri akan menjadi lebih mudah dijejaki oleh Google AdSense dan akhirnya mengakibatkan akau anda digantung selamanya.

Jika syarikat Google begitu mudah ditipu, pasti mereka telah lama gulung tikar.

Tetapi bagaimana jika pihak pesaing dengan sengaja klik pada iklan AdSense anda banyak kali supaya akaun anda digantung? Ya, akaun anda tetap akan digantung, namun anda masih boleh membuat rayuan pada Google AdSense agar mereka menyemak semula klik yang dilakukan tersebut.

Laporkan dengan segera kepada Google AdSense jika anda mendapati jumlah klik yang pelik pada akaun anda untuk mengelakkan masalah pada masa hadapan.

3. Menggalakkan atau mengelirukan pengunjung.
Jangan letak nota yang memohon pengunjung anda untuk klik pada iklan Google AdSense. Meletakkan iklan tersebut pada ruang yang salah dengan tujuan mengelirukan pengunjung untuk klik pada iklan juga merupakan satu kesalahan.

Contoh kedudukan iklan Google Adsense yang melanggar peraturan.

4. Mendedahkan data AdSense.
Jangan dedahkan data AdSense kerana ia telah ditulis dengan jelas pada terma & syarat mereka.

Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan Maklumat sulit Google tanpa persetujuan awal kami secara bertulis.

Maklumat Sulit Google” termasuk:

(a) semua perisian, teknologi dan dokumentasi Google berkaitan dengan Perkhidmatan ini;

(b) klik-melalui kadar atau statistik lain berhubung dengan prestasi Harta yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini;

(c) kewujudan maklumat atau Terma mana-mana ciri-ciri bukan awam beta atau ciri-ciri eksperimen dalam sesuatu Perkhidmatan; dan

(d) sebarang maklumat lain yang disediakan oleh Google yang ditandakan sulit atau yang biasanya akan dianggap sulit dalam keadaan di mana ia disampaikan.

Maklumat Sulit Google tidak termasuk maklumat yang anda sudah pun ketahui sebelum penggunaan Perkhidmatan ini, yang diketahui umum bukan atas kesilapan anda, yang telah anda majukan secara bebas , atau yang diberikan kepada anda mengikut undang-undang oleh pihak ketiga.

Walau apa pun maklumat dalam Bahagian ini, anda boleh mendedahkan dengan tepat jumlah bayaran kasar Google yang terhasil daripada penggunaan anda bagi Perkhidmatan ini.

Namun anda masih boleh mendedahkan jumlah bayaran yang dibayar kepada anda melalui program AdSense.

5. Membeli trafik.
Perkara ini mungkin jarang berlaku, tetapi berhati-hati jika anda menjalankan strategi pemasaran dengan program affiliates. AdSense mengharamkan jika anda menjalankan aktiviti berikut untuk tujuan pemasaran;
● Menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menjana klik dan impression. Program pertukaran klik juga adalah dilarang.
● Promosi melalu e-mel spam atau pengiklanan secara haram pada laman web lain.
● Meletakkan iklan AdSense pada pop-up, menghalakan pengunjung anda ke laman web lain secara paksa, atau mengubah tetapan browser untuk menganggu navigasi pada laman web anda.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan anda baca dan fahami terma & syarat serta polisi program AdSense.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.