Zuid.my > Media Sosial > Jana pendapatan dengan ‘YouTube’

Jana pendapatan dengan ‘YouTube’

Jika anda gemar membikin video tetapi hanya untuk kepuasan sendiri, kini anda harus mengubah kepuasan kepada keseronokan dengan menjana pendapatan melalui YouTube.

Apa yang anda perlu lakukan?

 

Penonton sebelum Pendapatan


Sebelum mula menjana pendapatan, anda perlu mendapatkan jumlah penonton dengan video yang konsisten. Pastikan juga anda memiliki penonton yang setia supaya anda boleh berkembang untuk menjana pendapatan.

Sesiapa yang memiliki akaun Youtube boleh menyertai YouTube Partner Program, selagi ia disediakan untuk negara anda.

Pada tanggal 16 Januari 2018, pihak YouTube telah memperketatkan syarat untuk menyertai program tersebut. Hanya setelah memiliki 4,000 jam jumlah tontonan dalam tempoh 12 bulan terakhir, dan memiliki 1,000 subscribers, saluran YouTube anda akan dinilai semula menurut dasar polisi mereka.

Setelah semua proses tersebut selesai, anda boleh mula memaparkan iklan pada kandungan video anda.

 

Konfigurasikan saluran YouTube untuk menjana pendapatan


Tidak kisah jika anda menyertai program ini hanya sekadar untuk mendapat pulangan semula, hasil daripada modal penerbitan video, atau menjadikan ia sebahagian daripada perniagaan anda, platform Youtube membolehkan anda untuk menjana pendapatan.

*YouTube memiliki garis panduan mesra pengiklan tertentu yang mesti dipatuhi oleh video anda agar layak untuk iklan.

 

Berikut ialah 5 langkah untuk konfigurasi saluran YouTube anda;

● Pastikan saluran anda membolehkan monetization dari Creator Studio.

● Hubungkan saluran YouTube dengan AdSense untuk proses pembayaran kepada anda.

● Kenali jenis video untuk anda menjana pendapatan, dan format iklan yang pelbagai.

● Pilih “monetize with ads” untuk video anda, dan pilih format iklan dan video yang anda kehendaki melalui aplikasi ‘YouTube Studio’.

● Ketika memuat naik, pastikan video anda mematuhi garis panduan mesra pengiklan dan tandakan kotak semak untuk bersetuju dengan dasar polisi. (Jika anda mahu memuat naik kandungan yang tidak mematuhi garis panduan ini, anda harus mematikan iklan pada video tersebut.)

 

Nota: ‘Monetization‘ hanya disediakan untuk negara tertentu, dan pelanggaran garis panduan hak cipta atau komuniti akan mempengaruhi kelayakan anda untuk menjana pendapatan.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.