Zuid.my > Gajet > Honor 8X berharga kurang RM1000

Honor 8X berharga kurang RM1000

Semalam, Honor (jenama telefon pintar milik Huawei) telah memperkenalkan produk terbaru keluaran mereka iaitu Honor 8X. Apa yang menarik mengenai telefon pintar ini ialah harganya yang murah iaitu bernilai RM949 sahaja.

Dengan ukuran skrin 6.5 inci, memori 4GB RAM, storan 128GB, dan menggunakan cip prosesan Octa-core Kirin 710 dan GPU Turbo, selain menggunakan paparan resolusi tinggi (1080p) pasti memberikan kepuasan kepada anda yang gemar bermain permainan video.

Kamera hadapan 16MP dan kamera belakang dilengkapi dengan dwi-kamera gabungan 20MP + 2MP, selain menggunakan teknologi anti gegaran pula mampu menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti. Manakala rakaman video mampu menghasilkan gerak perlahan 480 bingkai sesaat.

Bateri berkapasiti 3750mAH dan menggunakan teknologi penjimatan tenaga mampu meningkatkan ketahanan bateri sebanyak 40%. Ia mampu bertahan selama 8.33 jam untuk permainan video, 7.69 jam untuk penstriman video online, 9.09 jam untuk akses internet, dan 50 jam untuk panggilan telefon.

Baca artikel: Tip sebelum membeli telefon pintar yang baru

Ciri keselematan pula menggunakan pengimbas cap jari dan imbasan wajah.

Layari laman web hihonor.com dan Shopee untuk membelinya secara atas talian bermula 12 Oktober 2018.

Honor 8X

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.