Zuid.my > Media Sosial > Gunakan media sosial untuk memperkenalkan sesebuah acara

Gunakan media sosial untuk memperkenalkan sesebuah acara

Gunakan media sosial untuk memperkenalkan sesebuah acara

Kenapa perlu gunakan media sosial untuk memperkenalkan sesebuah acara? Ia bertujuan untuk menjadikan acara yang anda lakukan diketahui oleh orang ramai. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan jenama anda melalui media sosial.

Tetapi bagaimanakah cara untuk menggunakan media sosial tersebut?

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang anda perlu lakukan. Dan untuk melakukannya, semestinya anda juga memerlukan sebuah pasukan untuk menjayakannya.

Baca artikel: Kenapa media sosial sangat penting?

Pengumuman
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat pengumuman. Antara perkara yang perlu diumumkan ialah lokasi, tarikh dan masa. Selain itu, anda boleh membuat kiraan hari menjelang acara berlangsung. Ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai mengenai acara yang bakal berlangsung.

Hashtag
Penggunaan hashtag pada media sosial boleh menjadikan acara yang anda lakukan lebih popular di media sosial. Hashtag yang digunakan juga haruslah unik dan khas untuk sesuatu acara sahaja. Ingatkan juga kepada pengunjung acara anda untuk turut menggunakan hashtag yang diperkenalkan.

Siaran Langsung
Lakukan kemas kini pada media sosial secara langsung. Cara yang paling mudah dan efektik untuk melakukannya ialah membuat video siaran langsung. Boleh gunakan televisyen yang dipasang sekitar lokasi acara berlangsung untuk memaparkan video siaran langsung tersebut. Tetapi anda tidak boleh melakukannya seorang diri, kerana anda memerlukan sebuah pasukan untuk menjayakannya.

 

Tip: Dapatkan maklumat pengunjung seperti nama, pekerjaan, emel & nombor telefon untuk memudahkan anda membuat strategi pemasaran atau mempromosikan acara-acara yang bakal dilakukan. Yang penting, jangan lupa untuk berhati-hati ketika membuat kemas kini pada media sosial agar tidak melakukan kesilapan.

 

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan jika anda rasa ia bermanfaat.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.