Zuid.my > Video > Gunakan audio ‘royalty free’ pada video

Gunakan audio ‘royalty free’ pada video

Gunakan audio ‘royalty free’ pada video untuk mengelakkan video anda dibuang oleh Facebook, Instagram, Youtube atau laman sosial lain selepas dimuat naik. Ia kerana dasar polisi yang mereka gunakan, untuk menghalang individu mengaut keuntungan melalui hasil muzik yang mempunyai label hak cipta dan mengelakkan cetak rompak.

Anda boleh mencari muzik ‘royalty free’ di YouTube dengan mudah, tetapi bagaimanakah cara untuk memuat turun muzik tersebut?

Berikut ialah 3 laman web yang membolehkan anda memuat turun muzik di YouTube;
Online Video Converter
Clip Converter
Convert2mp3

Untuk memuat turun audio atau video melalui laman web tersebut, anda perlu mendapatkan URL audio atau video yang anda mahukan.

 

Berikut ialah cara untuk mendapatkan URL melalui YouTube

Contoh: Hanya ‘copy & paste’ URL tersebut.

 

Tetapi jika anda mahu mendapatkan URL video tertentu melalui ‘playlist’ YouTube, anda hanya perlu melakukan seperti berikut.

Contoh: Klik kanan di atas video; kemudian klik ‘Copy video URL’.

 

Dapatkan audio ‘royalty free’ melalui channel YouTube: GRFM – Greatest Royalty Free Music

 

Selain YouTube, anda boleh melakukan carian melalui enjin carian untuk mendapatkan audio ‘royalty free’.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.