Zuid.my > Gajet > GoPro Hero 7 berharga RM1869

GoPro Hero 7 berharga RM1869

GoPro Hero 7

Pengedar rasmi produk GoPro di Malaysia, FunSportz telah mendedahkan harga untuk pasaran Malaysia bagi anggota keluarga GoPro Hero 7, iaitu GoPro Hero 7 Black, GoPro Hero 7 Silver dan GoPro Hero 7 White.

GoPro Hero 7 Black akan mula djual pada harga RM1869. Manakala model pertengahan, Hero 7 Silver boleh diperolehi pada harga RM 1369, dan model paling rendah, Hero 7 White dijual pada harga RM 949.

Perbezaan utama GoPro Hero 7 Black dengan 2 model yang lain ialah ia memiliki sensor resolusi yang lebih tinggi iaitu 12MP. Ia juga dilengkapi dengan ciri penstabilan video serta Live Streaming.

Antara ciri menarik yang terdapat pada GoPro Hero 7 Black ialah:

Penstabilan Video HyperSmooth
Tidak lagi memerlukan gimbal untuk membuat rakaman anti gegaran.

Kalis Air
Mampu membuat rakaman di dalam air pada kedalaman 33 kaki (10m) tanpa memerlukan housing kalis air.

Kawalan Suara
Buat rakaman dengan menggunakan kawalan suara, seperti “GoPro, take a photo” dan “GoPro, start recording”.

Live Streaming
Kongsi rakaman anda melalui Facebook Live. Rakaman tersebut juga boleh disimpan ke dalam SD Card dengan resolusi tinggi.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.