Zuid.my > MoJo > Cara merakamkan video menggunakan telefon pintar

Cara merakamkan video menggunakan telefon pintar

Rakaman menggunakan telefon pintar adalah sama seperti mana-mana rakaman menggunakan kamera video atau DSLR, cuma ia lebih mudah dikendalikan.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipraktikkan agar anda mendapat hasil video yang terbaik.

● Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan kamera telefon pintar pada kualiti imej dan video paling terbaik yang mampu disokong oleh telefon pintar anda.

● Sebelum membuat rakaman, telefon pintar harus berada dalam keadaan flight mode atau silent untuk mengelakkan gangguan panggilan atau mesej masuk.

● Lensa kamera juga harus dibersihkan terlebih dahulu agar imej yang dirakam tidak kabur.

● Ketika membuat rakaman, pastikan rakaman tersebut dilakukan secara melintang. Elakkan rakaman secara menegak melainkan terpaksa.

● Selain itu, elakkan juga membuat rakaman yang mempunyai latar belakang yang cerah (back light) untuk mengelakkan subjek menjadi gelap.

● Perkara terakhir yang perlu dilakukan ialah mula merakam selama 1 atau 2 saat sebelum sesi rakaman bermula untuk memudahkan kerja penyuntingan.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.