KFC Malaysia kini membolehkan anda untuk membuat pesanan menggunakan Messenger.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah layari halaman Facebook rasmi KFC Malaysia.
Seterusnya mulakan perbualan dengan KFC Malaysia melalui Messenger.
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh anda di Messenger ialah:
● Daftar/Log masuk
● Hantar lokasi/taip alamat anda
● Buat pesanan
Pengesahan akan dibuat melalui e-mel setelah anda selesai membuat pesanan.
Namun pesanan anda bukan dilayan oleh manusia, sebaliknya mereka menggunakan bots.