Zuid.my > Media Sosial > Berapa minit video yang bersesuaian untuk laman media sosial?

Berapa minit video yang bersesuaian untuk laman media sosial?

Setiap laman media sosial mempunyai jenis pengikut yang tersendiri. Oleh itu, tahap kepanjangan video untuk setiap platform tersebut juga berbeza.

Berikut ialah jumlah kepanjangan video yang bersesuaian bagi setiap laman media sosial.

Instagram: 30 saat
Secara purata, video di Instagram menerima komen pada saat ke-26. Otak kita memproses visual 60,000 lebih pantas daripada teks, maka kita tatal (scroll) lebih cepat berbanding aplikasi lain. Cara yang terbaik ialah membuat video yang lebih ringkas, supaya bersesuaian dengan jangkaan penonton.

Twitter: 45 saat
Panjang video di twitter secara purata ialah 43 saat. Pengguna Twitter telah terbiasa dengan kemas kini yang ringkas, seperti tweet yang memiliki 140 aksara. Kebiasaan tersebut turut mempengaruhi video, maka lebih baik membuat video yang pendek.

Facebook: 1 minit
Penonton di Facebook lebih banyak terlibat dengan video yang memiliki kepanjangan selama 1 minit. Pengguna di Facebook juga gemar menonton video yang dapat memberi impak dengan pantas, dan kemudiannya akan memberi tanda suka atau berkongsi sebelum tatal ke kandungan yang seterusnya.

YouTube: 2 minit
Pengguna YouTube banyak melibatkan diri dengan video yang mempunyai kepanjangan kira-kira 2 minit. Mereka gemar menonton video di YouTube kerana ia dapat dicari dengan mudah, selain menonton saluran YouTubers kegemaran mereka. Hasilkan video yang lebih panjang, kerana platform ini sangat bersesuaian dengan konsep video yang panjang.

*Maklumat kajian ini tidak boleh diguna pakai untuk video ‘Live’ di semua rangkaian media sosial.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.