Zuid.my > Ekstra > Bagaimana menghantar e-mel sehingga 2gb?

Bagaimana menghantar e-mel sehingga 2gb?

Adakah anda sering menghadapi masalah untuk menghantar fail yang besar melalui e-mel?

Gmail & Google Drive
Jika anda menggunakan Gmail, saiz fail yang dihadkan untuk sekali penghantaran e-mel hanyalah 25mb, tetapi anda masih boleh menggunakan Google Drive dengan jumlah kapasiti sebesar 10gb untuk menghantar fail tersebut.

Setelah jumlah kapasiti pada Google Drive habis digunakan, anda perlu membuang fail yang tidak lagi diperlukan untuk terus menggunakan perkhidmatannya.

Dropbox
Perkhidmatan yang disediakan hampir sama seperti Google Drive, dan ia memberikan ruang kapasiti sebesar 20gb.

WeTransfer
Dengan menggunakan WeTransfer, anda tidak perlu lagi risau mengenai akaun Google Drive atau Dropbox yang penuh. Ia membolehkan anda menghantar sehingga 2gb untuk sekali penghantaran e-mel. Dan yang paling penting, perkhidmatan ini disediakan secara percuma.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah melayari laman web WeTransfer untuk menggunakan perkhidmatannya.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.