Zuid.my > Grafik > Bagaimana membuat ‘watermark’ pada gambar menggunakan Pixlr Editor?

Bagaimana membuat ‘watermark’ pada gambar menggunakan Pixlr Editor?

Gunakan watermark pada gambar jika takut gambar anda diciplak oleh orang lain.

Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat watermark pada gambar menggunakan Pixlr Editor.

Layari laman web Pixlr Editor untuk menggunakannya.

Langkah 1: Klik pada ‘open image from computer‘ untuk memilih gambar yang anda mahukan.

 

Langkah 2: Klik ‘file > open image‘ untuk memilih satu lagi imej yang anda mahukan untuk dijadikan watermark.
*Gunakan imej format png yang tiada latar belakang dan berwarna putih untuk mendapatkan hasil terbaik.

 

Langkah 3: Klik ‘edit > select all‘ atau ‘ctrl + a‘ untuk memilih kesuluruhan imej watermark, dan seterusnya paste atau ‘ctrl + v‘ untuk meletak imej watermark tersebut di atas gambar yang anda mahukan.

 

Langkah 4: Klik ‘edit > free transform‘ untuk mengubah suai saiz imej watermark.

 

Langkah 5: Klik pada kotak kecil garis panduan yang terpapar dan tekan shift pada papan kekunci, seterusnya tarik imej watermark tersebut mengikut kesesuaian saiz yang anda mahukan.

 

Langkah 6: Klik pada ‘toggle layer settings‘ untuk mengubah tetapan imej watermark.

 

Langkah 7: Ubah tahap opacity imej watermark mengikut kesesuaian.
*Tahap opacity yang digunakan adalah 55% untuk gambar ini.

 

Langkah 8: Klik ‘file > save‘ untuk menyimpan gambar yang telah disunting ke dalam komputer anda.

 

Setelah selesai membuat watermark, silalah berkongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda yang lain.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.