Zuid.my > Ekstra > Bagaimana hendak menjadi ketua yang bagus pada sesebuah organisasi?

Bagaimana hendak menjadi ketua yang bagus pada sesebuah organisasi?

Menjadi ketua bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula untuk menjadi ketua kepada sesebuah organisasi atau syarikat.

Seorang ketua haruslah bertanggungjawab dalam menjadikan sesebuah organisasi itu berjaya. Tetapi bagaimana hendak menjadi ketua yang bagus?

Lakukan 4 perkara berikut untuk menjadi seorang ketua yang berjaya dan dihormati.

1. Jangan merumitkan keadaan
Perniagaan anda boleh berlaku dengan sangat pantas. Tetapi jika organisasi anda tidak teratur, maka perniagaan anda tidak akan bertahan lama. Mulakan dengan perkara mudah, dan rangka semula segala yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Tetapkan matlamat perniagaan anda mengikut kemampuan yang ada pada kakitangan anda. Jangan pula anda merumitkan keadaan dengan meletakkan matlamat yang mustahil untuk dilakukan. Untuk menjadikannya lebih teratur, anda perlu meletakkan tarikh akhir pada setiap projek yang dilakukan mengikut jadual perniagaan anda.

2. Pekerja merupakan kunci kejayaan
Jaga kebajikan pekerja anda. Jangan pula sentiasa mencari kelemahan yang ada pada mereka, sebaliknya cari kelebihan yang ada pada pekerja dan gunakan bakat mereka untuk mencapai matlamat perniagaan anda. Dengan cara memberikan ganjaran selepas setiap kali projek organisasi anda berjaya juga mampu menjadikan pekerja kekal bersemangat untuk terus bekerja dengan anda.

Pekerja yang gembira selalunya akan melakukan kerja dengan efektif. Bukan sahaja sekadar menyiapkan kerja, malah melakukannya dengan berkualiti.

3. Pelanggan sentiasa benar
Pelanggan merupakan pekerja yang terbaik. Mereka akan sentiasa memberi maklum balas yang jujur mengenai produk anda. Kaji apa yang dimahukan oleh pelanggan. Jika perniagaan anda mengeluarkan produk yang tidak mengikut kehendak pelanggan, maka produk anda tidak akan kekal berada di pasaran.

Selain berhubung secara langsung dengan pelanggan, gunakan juga media sosial untuk berkomunikasi dengan mereka. Ia juga dapat menarik minat bakal pelanggan, dan meningkatkan jenama produk kepada masyarakat.

4. Buat strategi pemasaran anda sendiri
Strategi pemasaran yang digunakan oleh pesaing  mungkin tidak boleh digunakan pada syarikat anda. Ia kerana setiap syarikat sudah tentu memiliki pekerja yang berbeza.

Ingatlah bahawa pekerja anda juga manusia biasa. Setiap manusia memiliki kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Maka meniru sepenuhnya apa yang dilakukan oleh pesaing anda adalah salah.

Kini anda sudah tahu bagaimana hendak menjadi ketua yang bagus pada sesebuah organisasi?

Maka tindakan yang harus dilakukan seterusnya ialah dengan cara berkongsi artikel ini kepada pekerja anda, supaya mereka tahu bahawa ketua mereka masih komited untuk menjadikan organisasi syarikat anda berjaya.

Jika anda seorang pekerja pula, kongsikan artikel ini kepada ketua anda untuk mengingatkan supaya mereka tidak melakukan kesilapan sebagai ketua.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.