Asus ZenBook Pro 15 merupakan komputer riba yang menggunakan pemproses Intel Core i9. Dengan saiz skrin 15 inci dan beresolusi 4k, ia didatangi dengan kad grafik Nvidia GeForce 1050Ti.
Apa yang menjadikan ia sangat istimewa ialah skrin kedua yang terdapat pada pada pad sentuh (touch pad). Asus menggelarkan ia sebagai pad skrin (screen pad), dengan resolusi 1920 x 1080.
Terdapat beberapa mod yang membolehkannya untuk dijadikan sebagai skrin kedua seperti panel kawalan untuk media atau aplikasi office. Namun begitu, anda masih boleh menjadikannya sebagai pad sentuh biasa.
Pada asasnya, pad skrin tersebut hanya menyalin semula apa yang terpampar pada skrin utama anda, tetapi masih terdapat beberapa aplikasi yang boleh didapatkan khas untuknya melalui Asus’ app store.
Antara aplikasi yang diketahui dan sesuai digunakan sehingga artikel ini ditulis ialah YouTube, Spotify dan Microsoft Office. Tetapi masih terdapat banyak kelemahan pada semua aplikasi tersebut.
Harga untuk sebuah Asus ZenBook Pro 15 UX580GD dianggarkan bernilai RM6,999.
Layari laman web asus.com untuk maklumat lanjut.
Saiz skrin/resolusi | 15.6 inci, 3,840 x 2,160 skrin sentuh |
CPU | 2.9GHz Intel Core i9-8950HK |
Cakera Keras | 512GB SSD |
Memori | 16GB DDR4 SDRAM 2,400MHz |
Grafik | 4GB Nvidia GeForce GTX 1050 Ti |
Networking | 802.11ac wireless, Bluetooth 5.0 |
Sistem Operasi | Window 10 Pro (64-bit) |