Zuid.my > Video > Apa yang anda perlu tahu mengenai ‘Chroma Key’?

Apa yang anda perlu tahu mengenai ‘Chroma Key’?

green screen

Apakah definisi Chroma Key?
‘Chroma Key’ ialah teknik menggabungkan dua lapisan video atau imej untuk menjadi satu, dengan cara mengasingkan warna.

Ia sering digunakan dalam industri perfileman, untuk menggantikan latar belakang tempat kejadian dengan menggunakan skrin hijau atau biru (green screen/blue screen) dan meletakkan pelakon atau subjek di latar depan.

Warna hijau atau biru dipilih kerana ia bertentangan dengan tona warna kulit manusia, dan memudahkan untuk memilih warna untuk diasingkan dari video tersebut. Warna hijau atau biru tersebut kemudian akan digantikan dengan latar belakang yang lain.

Pemilihan warna hijau atau biru tersebut juga bergantung kepada warna pakaian yang dipakai oleh pelakon.

chroma key
Contoh pemilihan warna skrin latar belakang dan pakaian yang gagal.

Latar belakang hijau & biru

Anda boleh menggunakan apa sahaja latar belakang berwarna hijau atau biru, seperti dinding yang dicat atau selimut yang berwarna hijau.

Latar belakang yang bagus biasanya bersaiz agak besar dan diperbuat daripada 100% kapas (cotton) kerana ia kurang daya reflektif. Sekiranya anda mahu menggunakan teknik ‘chroma key’ untuk tujuan profesional, maka pemilihan latar belakang tersebut adalah sangat penting.

Jika anda mahu melakukannya hanya untuk berseronok atau belajar teknik tersebut, maka dinding yang bercat hijau atau apa sahaja kain yang berwarna hijau boleh digunakan. Namun pastikan tiada garisan lipatan pada kain tersebut, kerana ia mengakibatkan kesan bayang-bayang dan membuat bintik-bintik gelap yang sukar untuk dihilangkan pada proses editing.

Berikut ialah senarai yang anda perlu ada dan lakukan untuk mendapatkan hasil chroma key yang bagus.

Pencahayaan
Teknik pencahayaan yang baik juga adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil chroma key yang berkualiti. Kebiasaannya, teknik ‘3 point lightning’ yang paling mudah dilakukan kerana anda hanya memerlukan tiga lampu.

Key Light digunakan untuk mencerahkan subjek dan diletakkan pada sudut 45° daripada subjek, di salah satu posisi sebelah kamera.
Fill Light juga diletakkan pada sudut 45° daripada subjek, tetapi di posisi sebelah kamera yang bertentangan. Ia juga dimalapkan pada tahap 60% mengurangkan kesan bayang pada subjek.
Back Light diletakkan pada posisi yang bertentangan dengan Key Light, dan dimalapkan pada tahap 30-40% agar dapat menonjolkan subjek daripada latar belakang.

Contoh kedudukan ‘3 Point Lightning’.

Namun begitu, teknik ‘2 Point Lightning’ tetap boleh digunakan. Pastikan anda berhati-hati bermain dengan lampu untuk mengurangkan kesan bayang-bayang.

Contoh kedudukan ‘2 Point Lightning’.

Persediaan Kamera
Satu lagi faktor untuk menghasilkan ‘chroma key’ yang baik ialah dengan menggunakan kamera yang berkualiti. Gunakan kamera yang mampu diubah kepada ‘manual mode’ agar mudah untuk menyesuaikan dan mengunci parameter tertentu seperti:
Focus
White Balance
Exposure

Aturan tersebut adalah penting supaya memudahkan kerja-kerja editing.
Auto focus akan berubah-ubah atau gagal menemui titik fokus yang anda mahukan.
White Balance akan berubah setiap kali subjek anda bergerak, dan anda perlu melakukan aturan semula pada ‘chroma key’.
Exposure akan berubah-ubah setiap kali subjek anda beraksi dihadapan skrin hijau, dan penapis ‘chroma key’ tidak akan berfungsi.

 

Komputer
Perkara terakhir yang anda perlu ada, ialah komputer yang berkualiti dan mampu menggunakan perisian untuk kerja-kerja editing.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.