Zuid.my > Grafik > Apa itu reka bentuk grafik?

Apa itu reka bentuk grafik?

Reka bentuk grafik ialah seni yang mempunyai maksud atau matlamat tertentu. Ia melibatkan daya kreatif dan sistematik untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat tertentu, dengan menggunakan imej, simbol atau kata-kata. Ia juga merupakan komunikasi visual, konsep ekspresi estetik dan idea menggunakan pelbagai elemen grafik.

 

Elemen Reka Bentuk Grafik
Reka bentuk grafik boleh berasaskan imej yang melibatkan gambar, ilustrasi, logo, simbol atau typografi. Reka bentuk ini boleh merangkumi pelbagai kombinasi unsur-unsur berikut;

Garisan: Lurus, melengkung, beralun, tebal & nipis. Ia tidak mempunyai had apabila melibatkan garisan. Garisan membolehkan pereka membahagikan ruang atau kandungan berasingan dalam susun atur grafik. Ia juga boleh digunakan untuk memberikan kesan perspektif pada mata yang melihatnya.

Bentuk: Bentuk boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk mengisi ruang secara kreatif, untuk memberi ruang kepada teks atau bentuk kandungan lain untuk mengimbangi hasil reka bentuk.

Warna: Menggunakan warna atau tidak, merupakan elemen penting dalam sesuatu reka bentuk. Dengan pemahaman yang baik mengenai teori warna, pereka boleh menghasilkan sesuatu jenama atau reka bentuk dengan baik.

Teks: Pereka boleh mengubah mesej dari teks semata menjadi karya seni. Font yang berbeza, digabungkan dengan penjajaran, jarak, saiz dan warna yang disesuaika, boleh memberikan impak terhadap komunikasi visual.

Tekstur: Iklan yang licin dan berkilat boleh kelihatan berbeza apabila memiliki tekstur. Ia memberikan rasa sentuhan permukaan melalui penampilan visualnya. Kesan tekstur juga boleh dipertingkatkan dengan pemilihan kertas dan bahan yang sesuai.

 

Reka bentuk grafik mampu menyampaikan komunikasi secara visual seperti logo, kad perniagaan, poster dan pelbagai lagi.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.