Zuid.my > Ekstra > 7 browser terbaik untuk melayari internet

7 browser terbaik untuk melayari internet

Memiliki browser terbaik adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi cara penggunaan internet. Browser yang baik akan memberikan perbezaan dari segi kelajuan dan keselamatan komputer anda.

Kini sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada browser yang terbaik, kerana browser yang anda gunakan sekarang ini mungkin bukan browser yang terbaik, tetapi hanyalah kerana anda sudah selesa menggunakannya.

Berikut disenaraikan 7 browser terbaik yang harus anda cuba untuk melayari internet.

1. Mozilla Firefox
Firefox menjadi pilihan terbaik kerana ia menjadikan penggunaan internet lebih laju, kurang penggunaan RAM dan mempunyai ciri keselamatan terbaik.

Muat turun: Mozilla Firefox

2. Safari
Safari menjadi pilihan utama pengguna Mac kerana ia sudah disediakan secara percuma kepada semua peranti keluaran Apple. Kebolehannya untuk melayari internet dengan pantas dan ciri keselamatan yang baik mengakibatkan pengguna Mac tidak perlu memuat turun browser yang lain.

Muat turun: Safari

3. Google Chrome
Chrome merupakan antara pilihan terbaik kerana kemampuannya yang hampir menandingi Firefox. Tetapi ia terdapat kelemahan yang sangat ketara iaitu penggunaan RAM yang tinggi. Satu lagi kelemahan terbarunya ialah memaksa pengguna untuk melayari laman web yang menggunakan https sahaja.

Muat turun: Google Chrome

4. Opera
Browser ini memiliki mod turbo untuk kegunaan internet yang lebih pantas. Ia juga mampu menghalang iklan yang sering menganggu penggunaan internet. Kelemahannya ialah kekurangan plugin berbanding browser yang lain.

Muat turun: Opera

5. Microsoft Edge
Browser terbaru yang paling banyak digunakan. Dibangunkan khas untuk pengguna Windows 10. Kelebihannya ialah kegunaannya yang laju dan memiliki mod bacaan. Tetapi kelemahannya ialah ia tidak menyokong penggunaan Windows terdahulu.

Dapatkan: Microsoft Edge

6. Torch
Sesiapa yang gemar untuk memuat turun video harus menggunakan browser Torch. Hanya dengan satu klik sahaja, anda boleh memuat turun apa sahaja jenis video yang dimainkan pada browser ini. Ia juga memiliki sokongan torrent. Kelemahannya yang utama ialah kelajuannya yang agak perlahan dan lemah dari segi keselamatan.

Muat turun: Torch

7. Internet Explorer
Merupakan browser yang paling popular bagi pengguna PC. Ia memiliki kelajuan yang sangat perlahan dan lemah dari segi keselamatan, tetapi ia sangat berguna untuk memuat turun apa sahaja browser lain buat kali pertama.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.