Zuid.my > Laman Web > 6 sebab kenapa perniagaan anda perlukan laman web

6 sebab kenapa perniagaan anda perlukan laman web

Kenapa perniagaan perlukan laman web?

Kenapa perniagaan perlukan laman web? Jika anda memiliki perniagaan yang mahu dikembangkan, maka sudah pasti anda memerlukan laman web.

Pada hari ini, untuk anda membina laman web perniagaan atau e-dagang adalah lebih mudah. Anda juga tidak memerlukan modal yang besar seperti mahu berniaga di kedai secara runcit. Anda juga tidak perlu tahu untuk membuat kod atau mereka bentuk laman web (kelebihan untuk membuat kod dan mereka bentuk laman web adalah satu kelebihan untuk menjadikan laman web tersebut lebih menarik). Yang paling penting, laman web perniagaan atau e-dagang ini tidak tertakluk pada waktu perniagaan, dan merupakan kaedah pengiklanan terbaik kerana ia beroperasi selama 24 jam sehari.

Memiliki laman web perniagaan bukan hanya mengenai menjual barangan atau perkhidmatan anda, sebaliknya ia mengenai memberi sesuatu yang bernilai kepada pelanggan anda.

Kini terdapat banyak pihak yang memberikan perkhidmatan untuk membina laman web yang murah, maka ia bukan lagi alasan anda untuk tidak membina laman web perniagaan sendiri.

Masih tidak pasti bagaimana laman web boleh membantu mengembangkan perniagaan anda?

Berikut ialah 6 sebab kenapa perniagaan anda memerlukan laman web.

1. Pelanggan anda menjangkakannya.
Jika ini ialah antara sebab kenapa anda perlukannya, maka sudah pasti anda perlu membina laman web perniagaan dengan segera. Menurut kajian, 6 daripada 10 pelanggan berharap sesuatu jenama menyediakan maklumat secara atas talian (laman web atau media sosial). Manakala 4 daripada 6 orang pelanggan akan terus ke laman web untuk mencari maklumat produk.

2. Bukti perniagaan masih wujud.
Bakal pelanggan yang mencari maklumat secara atas talian, biasanya akan memeriksa laman web untuk memastikan sesuatu perniagaan itu masih wujud. Oleh kerana mereka telah mencari maklumat perniagaan anda di atas talian, maka sudah pasti anda perlu membuat mereka kagum kepada perniagaan anda melalui laman web dan media sosial.

3. Anda mampu mengawal maklumat apa yang mahu disampaikan.
Jadikan pelanggan anda merasa lebih dekat dengan perniagaan melalui blog yang dibuat pada laman web. Ianya akan menjadi lebih mudah jika anda tahu mengenai strategi pemasaran media sosial.

4. Strategi pemasaran yang lebih efektif.
Maklumat yang disampaikan melalui laman web lebih cepat diterima oleh pelanggan, berbanding menyampaikan maklumat melalui 1,000 emel, sms, whatsapp, telegram, dll.

5. Tidak perlu lagi untuk berehat dari menjalankan perniagaan.
Tidak perlu untuk memberi bayaran lebih masa kepada pekerja. Pelanggan juga boleh membeli daripada laman web perniagaan atau e-dagang anda pada bila-bila masa yang dimahukan, kerana laman web mampu untuk melayan bakal pelanggan anda selama 24 jam sehari.

6. Perniagaan boleh dicari melalui enjin carian.
81% pelanggan biasanya akan membuat kajian melalui enjin carian seperti Google sebelum membeli sesuatu produk. Jika perniagaan anda memiliki laman web, maka peluang untuk perniagaan anda berada pada enjin carian adalah lebih tinggi. Sebaliknya, anda tidak akan berpeluang untuk berada pada enjin carian jika tidak memilik laman web.

Jika anda masih tidak pasti kenapa perniagaan perlukan laman web? Dapatkan khidmat nasihat perniagan online daripada zuid.my.

Tetapi jika anda mahu membina laman web perniagaan sekarang, teruskan membeli domain & hosting melalui Exabytes.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.