Zuid.my > Ekstra > 6% cukai perkhidmatan digital bermula…

6% cukai perkhidmatan digital bermula…

Cukai perkhidmatan digital secara rasminya akan dikuatkuasakan bermula 1hb Januari 2020.

Ia juga bermakna harga segala jenis perkhidmatan yang boleh didapati melalui atas talian seperti muzik, video, perisian komputer dan pengiklanan digital akan meningkat sebanyak 6%.

Antara perkkhidmatan lain yang turut dikenakan cukai tersebut ialah langganan e-buku, e-pemasaran dan sistem perkhidmatan clouds.

Tetapi setakat ini, ia dilaporkan hanya akan dikenakan terhadap penyedia perkhidmatan digital daripada syarikat antarabangsa.

Pengguna perkhidmatan digital dari syarikat tempatan boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak dikenakan cukai.

*Jom layan Spotify dan Netflix sementara harga masih murah..

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.