Zuid.my > Media Sosial > 5 teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial

5 teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial

Tahukah anda, hanya dengan meluangkan sedikit masa di media sosial juga boleh membantu anda untuk menjana pendapatan.

Twitter, WeChat, Google+, Tumblr & Pinterest merupakan antara media sosial yang popular, tetapi Facebook dan Instagram masih menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna media sosial di Malaysia. Maka keduanya juga harus menjadi pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.

Oleh kerana kepentingan media sosial pada masa kini, maka banyak syarikat-syarikat besar dan bertaraf antarabangsa juga tidak melepaskan peluang untuk menjana pendapatan melaluinya.

Berikut ialah 5 teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial.

1. Program ‘affiliate
Dapatkan komisyen setiap kali jualan dibuat melalui anda. Booking.com & Agoda.com merupakan antara laman web yang menyediakan program affiliate.

2. Jual produk
Tidak kisah apa jenis produk yang anda miliki, media sosial pasti menjadi antara pilihan terbaik untuk melakukan proses jual beli. Anda hanya perlu mencari peluang bagaimana untuk menjual ia melalui media sosial.

3. Jual perkhidmatan
Jual perkhidmatan seperti khidmat reka bentuk grafik, fotografi, seminar atau apa sahaja perkhidmatan yang anda sediakan. Tetapi pastikan anda memiliki portfolio atau kualiti untuk meyakinkan bakal pelanggan anda.

4. Iklan
Jika anda memiliki pengikut yang ramai di media sosial, anda boleh mendapatkan bayaran untuk mengiklankan atau membuat review mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan.

5. YouTube
Teknik kelima ini merupakan bonus untuk pengguna YouTube sahaja. Ia kerana YouTube sendiri telah menyediakan program untuk pengguna mereka menjana pendapatan. Tetapi anda perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh YouTube sebelum boleh menjana pendapatan.

Masih lagi terdapat banyak cara yang membolehkan anda menjana pendapatan melalui media sosial seperti bagaimana untuk menjana pendapatan melalui laman web. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukannya.

Jika anda memiliki strategi pemasaran yang betul, pasti anda akan berjaya satu hari nanti. Yang penting, jangan sesekali berputus asa dan sentiasa bersedia untuk belajar dari kesilapan.

*Memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial pasti memberi sedikit kelebihan kepada anda untuk menjana pendapatan.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.