Zuid.my > MoJo > 5 kesalahan mengambil gambar menggunakan telefon pintar

5 kesalahan mengambil gambar menggunakan telefon pintar

Sebagai seorang wartawan, terutamanya yang mengendalikan media online atau digital harus mempelajari teknik mengambil gambar dan video, kerana ia akan menjadikan kerja anda lebih pantas. Walaupun tidak memiliki kamera DSLR, ianya tidak menjadi masalah untuk mendapatkan gambar atau video yang berkualti.

Dengan teknologi kamera pada telefon pintar yang semakin berkembang maju, ia telah menjadi alternatif utama kepada kebanyakan jurugambar. Namun, beberapa perkara asas berikut perlu anda ikuti untuk mendapatkan gambar yang berkualiti.

Zoom – Jangan menggunakan zoom pada telefon pintar sebaliknya gerakkan kaki anda untuk mendapatkan gambar pada jarak yang lebih dekat. Telefon pintar hanya menyokong zoom secara digital, dan ia akan mengakibatkan kualiti gambar terjejas.

Lensa kamera – Cuci lensa kamera sebelum mengambil gambar. Ia kerana telefon pintar sering berada di dalam poket atau beg, dan kita tidak tahu mungkin terdapat kotoran yang melekat pada lensa kamera telefon pintar tersebut.

Flash – Jangan menggunakan flash kerana ia memberikan cahaya secara lurus dan mengakibatkan kesan mata merah. Cari lokasi yang memberi pencahayaan yang baik. Satu lagi alternatif, gunakan lampu sokongan untuk mendapatkan pencahayaan yang baik.

Pantulan refleks – Elakkan mengambil gambar yang mempunyai latar cermin atau mempunyai pantulan refleks. Jika terpaksa, cari sudut untuk mengelakkan pantulan refleks pada diri. Anda pasti tidak mahu perkara ini menjejaskan nilai berita pada gambar yang diambil.

Telefon pintar – Pastikan telefon pintar anda memiliki kamera yang berkualti.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.