4 kesalahan yang sering dilakukan di media sosial

Perkenalkan jenama anda di media sosial, tetapi jangan sehingga jenama anda terjejas.

Ramai yang berusaha untuk memperkenalkan jenama di media sosial, tetapi tahukah anda bahawa kadang-kala tindakan anda lebih banyak membawa keburukan kepada jenama anda sendiri.

Berikut ialah 4 jenis kesalahan yang sering dilakukan di media sosial.

Menggunakan gambar yang tidak berkualiti
Apakah mesej yang ingin anda sampai kepada pengunjung media sosial anda? Setiap gambar yang anda post di media sosial mencerminkan jenama atau produk anda. Jika gambar anda tidak berkualiti, bermakna anda sedang menghantar mesej yang salah kepada pengunjung, kerana mereka akan beranggapan jenama atau produk anda turut tidak berkualiti. Dapatkan khidmat jurugambar atau pereka grafik profesional untuk mendapatkan hasil terbaik.

Share atau repost
Perkara ini merupakan kesalahan yang paling kerap berlaku. Tindakan share atau repost hanya akan memberikan tanggapan bahawa anda tiada identiti sendiri. Malah ia tidak akan membantu dalam memperkenalkan produk atau jenama anda sendiri. Cipta identiti anda sendiri.

Post terlalu banyak atau sedikit
Jika membuat post terlalu banyak, anda akan dianggap sebagai spam dan mungkin kehilangan pengikut di media sosial. Tetapi jika terlalu sedikit, anda akan terlepas peluang untuk menggunakan masa sebaik mungkin untuk memperkenalkan jenama atau produk anda. Hasilkan kualiti, bukan kuantiti.

Mengabaikan analytics
Lakukan kajian anda sendiri. Cuba membuat satu post pada setiap hari selama seminggu, seterusnya membuat 2 post sehari selama seminggu berikutnya. Cuba juga untuk membuat post pada waktu yang berbeza. Cari waktu yang paling sesuai untuk membuat post dan dapatkan hasil yang terbaik.

Setiap laman media sosial memiliki identiti dan pengikut yang tersendiri. Meniru sepenuhnya apa yang dilakukan oleh pesaing anda tidak menjanjikan sebarang kebaikan.