Zuid.my > Grafik > 3 perkara asas pereka amatur perlu tahu ketika membuat reka bentuk grafik

3 perkara asas pereka amatur perlu tahu ketika membuat reka bentuk grafik

Kini ramai yang mencuba untuk menjadi pereka grafik, tetapi bagaimana untuk mendapatkan hasil yang memberi kesan kepada mereka yang melihat hasil rekaan anda?

Orang yang tidak mengetahui mengenai prinsip asas reka bentuk grafik pasti mahu memasukkan setiap imej, teks dan elemen grafik yang lain kepada rekaan mereka. Sebaliknya ia hanya menjadikan rekaan anda gagal untuk menyampaikan maklumat secara efektik.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu berikan penekanan terhadap typography, warna & ruang putih kerana ia merupakan perkara asas ketika membuat reka bentuk grafik.

Berikut ialah 3 perkara asas pereka amatur perlu tahu ketika membuat reka bentuk grafik.

 

Ruang putih

Pereka amatur selalunya tidak menyedari kepentingan ruang putih atau negatif.

Perkara asas ketika membuat reka bentuk grafik

Apple sering mengutamakan ruang putih pada rekaan mereka. Ia akan memaksa kita untuk memberikan lebih tumpuan kepada subjek.

Dengan erti kata lain, jangan jadikan rekaan anda serabut dengan elemen grafik yang tidak perlu.

 

Typography

Dapatkan komposisi dan jenis font yang bersesuaian untuk rekaan anda.

Setiap font memberikan makna dan kesan yang berbeza. Oleh kerana tujuan utama penggunaan font ialah untuk menyampaikan maklumat, maka gunakan font yang mudah dibaca. Jika terpaksa menggunakan font yang berkerawang, maka anda harus berhati-hati ketika menggunakannya.

Perkara asas ketika membuat reka bentuk grafik

Ia juga tidak bermakna anda harus menggunakan font yang membosankan. Gunakan font yang berkerawang pada tajuk dan font yang mudah untuk dibaca pada kandungan. Kombinasi ini akan memberikan kesan yang menarik pada rekaan anda.

Perkara asas ketika membuat reka bentuk grafik

Jangan gunakan font yang berlebihan. Cukup sekadar menggunakan 2-3 font pada sesuatu rekaan. Anda pasti akan mengalami masalah untuk mendapatkan rekaan yang berkesan jika menggunakan font yang berlebihan.

 

Warna

Warna ialah perkara yang paling sukar. Ia memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan keseimbangan dan kesan kepada sesuatu rekaan.

Bagaimana membuat pilihan warna?

Gunakan kontra warna yang berbeza untuk memberikan tumpuan pada subjek atau elemen utama rekaan anda. Ia termasuk warna pada teks yang anda mahu dapatkan tumpuan yang lebih.

Perkara asas ketika membuat reka bentuk grafik

Kontra warna tersebut boleh didapati pada sudut bertentangan pada roda warna.

 

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu anda menghasilkan rekaan yang lebih baik.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.