Zuid.my > Laman Web > 3 Langkah: Membina laman sesawang

3 Langkah: Membina laman sesawang

laman sesawang

Langkah 1: Pilih platform yang baik


Jika anda mahu membina sebuah laman sesawang yang bagus, mesra telefon pintar, dan berfungsi dengan baik. Cara paling mudah untuk membinanya ialah dengan menggunakan platform Content Management System (CMS).

Kenapa harus menggunakan CMS?

Pada tahun 2005 ketika kali pertama saya membina laman sesawang, kebanyakannya menggunakan HTML, CSS, dan Flash. Ianya sangat merumitkan dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Kerana itu, ramai yang beranggapan untuk membina sesebuah laman sesawang dari kosong sangat rumit atau memerlukan kemahiran menggunakan coding dan reka bentuk grafik.

Pada tahun 2018, content management systems (CMS) seperti WordPress & Joomla telah menjadikannya mudah untuk sesiapa sahaja membina laman sesawang.

Dengan erti kata lain, CMS adalah sangat mesra pengguna untuk membina laman sesawang, dan menguruskan maklumat atas talian, tanpa memerlukan kemahiran HTML yang tinggi.

 

Platform paling popular sepanjang tahun 2018

Menurut kajian w3techs, CMS yang paling popular di kalangan pengguna ialah WordPress dan diikuti oleh Joomla dan Drupal.

cms

 

Kenapa saya mencadangkan mengguna WordPress?

WordPress VS HTML & CSS: Membina laman sesawang menggunakan HTML, CSS dan PHP boleh mengambil masa lebih daripada 6 bulan untuk disiapkan. Mungkin akan menjadi lebih cepat jika anda ada kemahiran HTML. Tetapi dengan menggunakan WordPress, hanya mengambil masa sekitar 1-3 hari.

WordPress VS Website Builders: Website builders adalah sangat mahal dan hanya memiliki kemampuan yang terhad. Ianya hanya bagus untuk laman sesawang yang memiliki 1 halaman sahaja.

WordPress VS Joomla & Drupal: Drupal adalah sangat popular dikalangan web developers yang berpengalaman dan mahir. Tetapi ia merupakan pilihan yang tidak bagus untuk golongan yang baru belajar. Manakala Joomla hampir serupa dengan WordPress, dan bagus untuk membina kedai atas talian (e-commerce). Namun begitu, anda tetap memerlukan sedikit kemahiran menggunakan coding.

 

Langkah 2: Dapatkan domain & web hosting


Untuk membina sebuah laman sesawang menggunakan WordPress (atau apa sahaja kaedah / CMS yang lain), anda memerlukan 2 perkara yang paling utama:

● Nama domain (alamat laman sesawang anda seperti namawebanda.com)

● Hosting (perkhidmatan yang menghubungkan laman sesawang anda dengan internet)

Walaupun platform WordPress adalah percuma, nama domain & hosting tetap memiliki kos yang tersendiri.

Memiliki nama domain sendiri akan menunjukkan anda adalah golongan profesional, daripada menggunakan nama pada domain lain seperti namawebanda-lamanwebpercuma.com.

Menggunakan hosting sendiri akan menjadikan laman sesawang anda lebih laju, dan tidak perlu menunggu lama untuk membuka laman sesawang anda. (sangat penting untuk pengunjung laman sesawang anda.)

 

Di mana mahu mendapatkan domain & hosting yang berbaloi?

Kebanyakan domain & web hosting yang digunakan oleh zuid.my untuk client menggunakan perkhidmatan daripada Exabytes.

Zuid.my menggunakan khidmat Exabytes kerana bayarannya sangat berbaloi, dan memiliki khidmat pelanggan yang bagus. Malah mereka juga sering memberikan promo code untuk membeli domain & web hosting.

Selepas membeli domain, anda juga akan mendapat akaun emel peribadi seperti: anda@namawebanda.com

Exabytes

 

Langkah 3: Bina Laman Sesawang Anda


Setelah membeli domain & web hosting, anda sudah boleh membina laman sesawang anda sendiri.

Jika anda sudah pasti untuk menggunakan WordPress, maka langkah seterusnya hanyalah memasang (install) WordPress pada domain anda.

 

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.