Zuid.my > Laman Web > 11 perkara perlu tahu sebelum membeli domain

11 perkara perlu tahu sebelum membeli domain

domain

Membeli nama domain hampir sama seperti memilih nama syarikat. Ia memerlukan pertimbangan yang sewajarnya kerana ia merupakan identiti anda di internet. Gunakan nama yang berkaitan dengan perniagaan dan mudah untuk dipromosikan secara atas talian.

Ketahui 11 perkara berikut sebelum membeli domain.

1. Mudah untuk ditaip
Menggunakan nama domain yang mudah untuk ditaip merupakan aspek terpenting untuk memastikan laman web anda berjaya. Penggunaan singkatan mungkin akan menyukarkan laman web anda untuk dicari. Contohnya seperti express dan xpress.

2. Tidak terlalu panjang
Penggunaan nama yang panjang akan meningkatkan kebarangkalian pengunjung untuk salah menaip atau mengeja nama laman web anda. Biarkan ia pendek dan mudah untuk diingati.

3. Unik
Pemilihan nama yang unik akan meningkatkan kadar SEO. Contoh pemilihan nama yang lemah ialah instanett.com. Ia akan menyukarkan enjin carian meletakkan laman web anda di atas, kerana anda perlu bersaing dengan laman web instagram.com yang telah popular di seluruh dunia.

Baca artikel: Kepentingan SEO

4. Kata kunci
Gunakan kata kunci yang menjelaskan mengenai perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, anda menyediakan perkhidmatan membaiki televisyen, nama seperti baikitv.com atau servistv.com boleh anda pertimbangkan.

5. Kawasan
Jika perniagaan anda hanya menumpukan pada kawasan yang tertentu, anda harus pertimbangkan suatu nama yang pelanggan anda akan ingati seperti servistvbangi.com

6. Elakkan penggunaan nombor dan simbol
Sesiapa yang mendengar nama laman web anda mungkin akan terkeliru apabila terdapatnya nombor dan simbol. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan anda turut memiliki domain yang menggunakan huruf sepenuhnya untuk dihubungkan kepada laman web yang menggunakan nombor atau simbol tersebut.

7. Mudah diingati
Terdapat berjuta domain yang telah didaftarkan. Gunakan nama yang menarik dan mudah diingati adalah penting. Tanya kepada rakan-rakan anda jika nama tersebut sesuai digunakan. Jika anda sudah memiliki idea untuk menggunakan nama apa, beli domain pilihan anda sekarang sebelum ia dibeli oleh orang lain.

8. Sambungan domain
Sambungan atau akhiran seperti .com atau .net yang terdapat pada domain memiliki maksud atau penggunaan yang spesifik. Domain .com merupakan yang paling popular dan paling lama telah digunakan. Untuk mendapatkan domain yang ringkas dan mudah untuk diingati mungkin agak sukar. Namun kini, terdapat banyak sambungan atau akhiran yang baru untuk digunakan. Antara yang popular digunakan sekarang ialah .online, .store, .biz, .cc, .org dan .tv. Manakala untuk kegunaan tempatan atau khususnya Malaysia, sudah tentu menggunakan .my atau .com.my.

9. Hak cipta
Buat sedikit kajian terhadap nama yang anda ingin beli. Penggunaan domain yang menggunakan nama yang telah didaftar hak cipta mungkin akan menyebabkan syarikat atau diri anda sendiri disaman.

10. Lindungi jenama
Beli sambungan/akhiran atau domain yang pelbagai. Nama domain memiliki ejaan salah yang sering digunakan oleh pengunjung laman web anda juga harus dipertimbangkan. Selain itu, singkatan kepada jenama juga harus dibeli jika laman web anda memiliki nama yang panjang. Ia bertujuan untuk mengelakkan orang lain membelinya. Seterusnya, semua nama yang telah dibeli harus dihubungkan kepada domain utama laman web anda. Contoh jenama popular yang menggunakan domain yang pelbagai ialah facebook.com, kerana anda juga boleh melayari laman web tersebut dengan hanya menaip fb.com.

11. Tindakan pantas
Jualan domain berlaku dengan sangat pantas. Untuk mengelakkan ia dibeli oleh orang lain, maka beli domain pilihan anda secepat mungkin!

Zuid Samson
Zuid Samson
Kongsikan ilmu yang bermanfaat!
https://www.zuid.my/

Sumbangan anda membolehkan laman web ini terus terjamin. Dengan hanya RM10, laman web ini akan terus menyumbangkan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih.